PROGRAM MENUJU SAHSIAH GEMILANG (MesSaGe)


MUKADDIMAH

Program Menuju Sahsiah Gemilang atau MesSaGe ini merupakan sebuah program yang dibangunkan oleh ‘Facilitating And Development Team of Trainers’ di bawah kendalian IQ Class Management. Ia merupakan salah satu produk program latihan dan motivasi di bawah tema Pembinaan Sahsiah Dan Jatidiri. Program Menuju Sahsiah Gemilang tidaklah bertujuan untuk memberikan fokus kepada individu yang bermasalah, sebaliknya, ia bertujuan untuk memberikan pendedahan serta kesedaran tentang kepentingan sahsiah dan jatidiri yang positif.

Sesuai dengan akronimnya, MesSaGe, program ini lebih menitikberatkan pesanan-pesanan penting untuk peserta mengenai perkembangan, cabaran serta keadaan masa depan yang telah digambarkan melalui hadis-hadis Rasulullah s.a.w. serta peringatan Allah s.w.t. di dalam Al-Quran Al-Karim.

Usaha yang cuba kami ketengahkan ini dengan hasrat besar dapat membentuk individu yang lebih memahami peranan serta tanggungjawab mereka sementara sempat melalui kehidupan di dunia dan sebelum melalui kehidupan yang kekal selamanya nanti. Mudah-mudahan, dengan perkongsian dan perbincangan yang dijalankan akan dapat memberikan kesan kepada intelektual, emosi dan rohani peserta untuk berfikir dan menjadikan isi kandungan program ini sebagai nasihat berguna buat mereka. Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha kita yang kecil ini, insyaAllah.



MATLAMAT AKHIR

Melahirkan individu yang sentiasa mempunyai pemikiran untuk memperbaiki diri serta sedar tentang risiko kehidupan yang bakal mereka tempuhi sepanjang hayat mereka.



OBJEKTIF

Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;
  1. Mengenali potensi diri mereka serta bersyukur dengan nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada mereka;
  2. Mengetahui cabaran yang akan mereka hadapi pada masa hadapan dan kekangan dalam diri yang akan mengundang bencana dalam kehidupan serta;
  3. Membina sikap yang positif, berfikiran matang serta membentuk sifat mahmudah dalam diri bagi memastikan ia menjadi benteng dalam mendepani kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.


BUTIRAN PERLAKSANAAN

JANGKA MASA
Pelaksanaannya adalah selama 2 hari1 malam bermula 4.00 petang hari pertama hingga 4.00 petang hari kedua.

TEMPAT
Cadangan pilihan tempat untuk pelaksanaan program adalah di dalam kawasan sekolah. Oleh yang demikian, tempat yang diperlukan adalah;
  1. Bilik tidur peserta lelaki;
  2. Bilik tidur peserta perempuan;
  3. Bilik tidur fasilitator lelaki;
  4. Bilik tidur fasilitator perempuan;
  5. Tandas lelaki;
  6. Tandas perempuan;
  7. Kantin atau tempat makan;
  8. Dewan untuk perkumpulan peserta;
  9. Surau untuk solat berjemaah;
  10. Kawasan atau kelas untuk LDK serta;
  11. Padang atau kawasan terbuka untuk aktiviti sukan dan riadah.

SASARAN
Kumpulan sasaran adalah pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2.

Muat turun kertas kerja penuh di sini.

Follow by Email

BERSAMA KAMI