PECUTAN TERAKHIR DI SK PPR LEMBAH SUBANG


7 September 2011, Lembah Subang - IQ Class Management telah dipilih oleh pihak sekolah SK PPR Lembah Subang untuk menyampaikan motivasi di dalam tempoh masa terakhir sebelum pelajar-pelajar tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR bermula 13 September sehingga 15 September 2011.

Ceramah yang berlangsung di dalam 2 sesi dengan 2 kelompok berbeza, berjalan dengan lancar. Seperti biasa, IQ Class management diwakili oleh Perunding Utama Latihan & Motivasi bersama pembantunya Adri. Ceramah berjalan dengan lancar dan amat meninggalkan kesan positif kepada peserta.

Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Cikgu Faizal yang bertanggungjawab memilih kami untuk hadir dan memberikan sumbangan semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajarnya. Semoga usaha ini diiringi dengan keberkatan dan kerahmatan.

Follow by Email

BERSAMA KAMI