BERSAMA PELAJAR TAHUN 4, 5 DAN 6 SK ASSAM JAWA


19 September 2011, Kuala Selangor - Perunding Utama IQ Class Management dijemput sekali lagi untuk memenuhi undangan ceramah di SK Assam Jawa, Kuala Selangor. Ceramah yang dijalankan bersempena dengan usaha sekolah untuk menaikkan kesedaran pelajar terhadap tanggungjawab mereka sebagai pelajar serta remaja khususnya pelajar tahun 6 yang baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan UPSR seluruh Malaysia pada minggu lepas.

Ceramah bermula jam 9.00 pagi bersama hampir 150 orang pelajar tahun 6. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah Membina Peribadi Unggul. Selepas rehat pada jam 11.20 pagi pula, penceramah bertemu dengan hampir 250 orang pelajar tahun 4 dan 5. Alhamdulillah, ceramah berjalan lancar dengan dibantu oleh 2 orang fasilitator Azali dan Wan Saiful. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah khususnya guru-guru yang bertungkus-lumus menjayakan ceramah tersebut. Semoga pelajar mendapat maklumat yang sebaiknya untuk mereka menghadapi masa depan mereka.

Catatan Popular