SK TAMAN PUTRA PERDANA 2, KAMI DATANG LAGI!


12 Ogos 2011, Putra Perdana, Sepang - Ini merupakan jemputan keempat SK Taman Putra Perdana 2 kepada IQ Class Management. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan mudah-mudahan ia dapat memberikan kesan yang terbaik kepada semua anak didik di sekolah ini.

Kali ini, kami dibarisi fasilitator Wan saiful, Sedana, Luqman, Azali, AmirulSyafiq dan Izati turun ke sekolah seawal jam 8.00 pagi. Pertemuan IQ Class Management dengan pelajar tahun 5 kali ini sangat meninggalkan kesan setelah 3 kali IQ Class Management berada di sini.

Kursus Menyemai Minat Belajar sekali lagi dilaksanakan bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Modul diketuai oleh Encik Zaki dan Encik Johari. Segalanya berjalan lancar.

Masa yang mencukupi serta peserta yang sangat memberikan kerjasama, menyenangkan urusan kami menjalankan kursus apatah lagi ia berlangsung di dalam bulan Ramadhan. Buat semua warga SK Taman Putra perdana 2, kami ucapkan terima kasih dan semoga usaha kalian diberkari Allah s.w.t.

Catatan Popular