SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BURONG


16 Julai 2011, Sungai Burong, Tanjong Karang - Dikala teman-teman IQ Class Management yang lain sedang sibuk melayan karenah pelajar-pelajar SK Wangsa Jaya, Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah bertandang ke SK Sungai Burong untuk pertama kalinya bagi menyampaikan ceramah untuk pelajar-pelajar calon UPSR tahun 2011.

Beliau berhadapan dengan lebih kurang 80 orang pelajar tahun 6 dan telah memberikan ceramah bertajuk Persiapan Rohani Untuk UPSR. Ceramah selama 2 jam itu diharapkan dapat memberikan kesan serta maklumat yang baik kepada para pelajar.

Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk memberikan ilmu serta berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar. Semoga usaha ini diberkati.

Catatan Popular