SEKALI LAGI DI SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

8 Ogos 2011, Putra Perdana, Sepang - Alhamdulillah, IQ Class Management dijemput sekali lagi ke SK Taman Putra Perdana (2). Kali ini, kami berprogram selama setengah hari bermula jam 2.00 petang hingga 6.30 petang.

Namun, kami tiba awal seawal jam 8.00 pagi. Kesilapan teknikal sebegini tidak sepatutnya terjadi. Namun kesilapan ini kami akui bukan salah pihak sekolah. Sesi petang, kami bertemu dengan hampir 200 orang pelajar tahun 4. Kursus ini dinamakan sebagai Kursus Menyemai Minat Belajar. Antara fasilitator yang membantu adalah Wan Saiful, Adri, Azali dan Sedana. Tidak dilupa juga Encik Johari dan Zaki.

Sesi petang ini sepatutnya bermula jam 2.00 petang tetapi, maklumat berubah tanpa ada pengetahuan di pihak kami. Ia berubah ke jam 1.00 petang dan tamat jam 5.30 petang. Sedikit ralat kami rasakan kerana masa yang diberikan cuma tinggal 3 jam 30 minit.

Namun, kami usahakan yang terbaik dan ia pasti menjadi pengajaran besar buat kami khususnya di dalam bulan Ramadhan ini. Terima kasih buat sekolah yang menjemput kami datang buat kali kedua. Semoga Allah membalas segala usaha murni yang dilakukan.

Catatan Popular