MODUL KETIGA BERSAMA MARKAS PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA


27 Julai 2011, Hotel De Palma, Ampang - IQ Class Management sekali lagi diamanahkan oleh Markas Pendidikan Dan Latihan Udara (MPLU) melalui kontraktor mereka untuk membina dan menganjurkan modul Kursus Pengurusan Keluarga Sakinah.

Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah dihadiri oleh seramai 28 orang peserta yang sebilangan besarnya adalah suami dan isteri dari kalangan penjawat TUDM. Kursus bermula dengan sesi suaikenal panjang dengan peserta diingatkan bahawa kursus ini bukan untuk mengajar tetapi harus dijadikan sebagai sebuah tempat perkongsian pengalaman serta pandangan di dalam hidup berkeluarga ini.

Kursus ini disulamkan dengan pelbagai elemen latihan seperti perbincangan, tazkirah dan permainan. Peserta telah didedahkan dengan situasi yang berlaku diluar dan diingatkan tentang amanah Allah s.w.t. yang dipikulkan ke atas bahu seorang khalifah. Peserta juga diberikan peranan sepanjang kursus ini untuk memberikan buah pandangan melalui pembacaan buku yang dibekalkan. Akhir sekali, peserta alhamdulillah, telah memberikan respon yang baik dan majoriti dari mereka mencadangkan agar kursus ini terus diadakan untuk anggota yang lain.

Kepercayaam ini merupakan kepercayaan ketiga yang diberikan oleh pihak MPLU kepada IQ Class Management selepas Kursus Kepimpinan Islam dan Kursus Peningkatan Nilai, Moral Dan Etika. Terima kasih kami ucapkan dan pohon kepada Allah s.w.t. agar setiap kebaikan yang diberikan oleh mereka kepada kami dibalas dan setiap kesalahan mereka diampunkan.

Catatan Popular