KAMI KE SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KERTAS


23 Julai 2011, Sungai Kertas, Gombak - Perunding Utama Latihan dan Motivasi, Kamarul Azami bin Mohd zaini telah dijemput untuk memberikan ceramah keibubapaan bertajuk 'Melahirkan Ibu Bapa Yang I.D.E.A.L".

Ceramah yang memilih sasaran ibu bapa dan keluarga mereka yang menerima bantuan LZS atau asnaf zakat. Kesempatan ini telah memberikan ruang dan peluang kepada penceramah untuk berkongsi serba sedikit pengalaman beliau juga pendedahan pengalaman beliau sendiri menguruskan program-program kepada keluarga asnaf zakat ini bermula dari ibu bapa juga anak-anak mereka.

Namun pada kali ini, penceramah tiba lewat 10 minit menyebabkan ibu bapa ternanti-nanti. Namun ceramah yang disampaikan selama 1 jam 30 minit itu dipenuhi dengan baik oleh penceramah dan mendapat respon yang baik dari para pendengar ceramah tersebut termasuk guru-guru.

Melihat kepada program yang dijalankan, kami di IQ Class management amat mengharapkan agar, bantuan sumber kewangan yang dikeluarkan oleh pihak LZS itu digunakan dengan sebaik mungkin agar ia tidak menjadi tanggungan kita apabila mengadap Allah s.w.t. kelak. Terima kasih kepada Ustaz Yusri serta barisan guru yang sudi menjemput kami ke SK Sungai Kertas.

Catatan Popular