KALI KEDUA KE SK SUNGAI BURONG


22 Julai 2011, Sungai Burong, Tanjong Karang - Kesan dari ceramah yang pertama pada 16 Julai 2011, Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management sekali lagi telah bertandang ke SK Sungai Burong untuk kali keduanya selepas ceramah pertama untuk pelajar-pelajar calon UPSR tahun 2011.

Kali ini, beliau berhadapan dengan lebih kurang 80 orang pelajar tahun 5 dan telah memberikan ceramah bertajuk Belajar Cara Belajar Berkesan. Ceramah selama 2 jam itu diharapkan dapat memberikan kesan serta maklumat yang baik kepada para pelajar.

Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk memberikan ilmu serta berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar. Semoga usaha ini diberkati.

Catatan Popular