HIGH QUALITY TEAM


19 Julai 2011, Semenyih - Sekali lagi, IQ Class Management telah diberikan amanah untuk melaksanakan Kursus Pasukan Berkualiti Tinggi (High Quality Team). Kali ini, IQ Class Management berhadapan dengan kelompok kakitangan muda syarikat Al-Ghazi.

Kursus ini telah dijalankan selama 2 hari 1 malam di SUKIDA Resort semenyih. Perunding Utama Latihan dan Motivasi turut dibantu oleh Encik Wan Saiful dalam mendepani pelbagai karenah serta program yang telah disusun.

Aktiviti bermula pada awal jam 10 pagi dengan aktiviti pemecah bendungan serta sesi suaikenal. Setiap sesi, peserta didedahkan dengan ciri-ciri pasukan berkualiti bermula dari kerjasama pasukan, bertenaga, bercita-cita serta beberapa kemahiran di dalam pengurusan termasuk pengucapan awam dan kerja berkumpulan.

Kursus ditamatkan pada jam 3.00 petang pada hari berikutnya (20 Julai 2011). Terima kasih kami ucapkan kepada pasukan Al-Ghazi kerana memberikan kepercayaan untuk kami lakukan tugas ini. Semoga usaha membina sebuah syarikat yang berjaya bermula dengan usaha yang berterusan walaupun ia sedikit.

Catatan Popular