DI KOLEJ JATI BERSAMA SK RAJA MUDA


13 Ogos 2011, Shah Alam - Kami berada di Kolej Jati UITM Shah Alam. Memenuhi undangan ceramah anjuran SK Raja Muda yang diadakan di dewan kolej tersebut. Namun kehadiran kurang memberangsangkan memandangkan ia dijalankan secara terbuka dan sukarela.

Antara faktor yang disebutkan oleh guru-guru adalah kerana bulan puasa. Namun kehadiran itu tidak mencacatkan peranan Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management untuk menyampaikan ceramahnya dengan berkesan.

Peserta begitu teruja dan berharap agar dapat diadakan sekali lagi pada masa akan datang. Kami di IQ Class Management mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberikan peluang ini dan berterima kasih kepada pihak SK Raja Muda.

Catatan Popular