CERAMAH KEDUA DI SK TAMAN PUTRA PERDANA 2


10 Ogos 2011, Putra Perdana, Sepang - Sekali lagi, Perunding utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management bertandang ke SK Taman Putra Perdana 2 bertemu dengan pelajar tahun 6.

Kali ini, beliau membawa tajuk Persiapan Terakhir UPSR. Isi kandungan ceramah buat kali kedua ini lebih menjurus kepada persiapan terakhir yang perlu dilakukan oleh pelajar. Pertemuan dengan pelajar yang sama, memberikan peluang yang berganda buat penceramah kerana sudah mengenali. Namun, dalam tinjauan ketika ceramah dimulakan, ramai peserta yang sudah lupa kepada pesanan yang diberikan pada pertemuan kali pertama.

Ini menjadi muhasabah buat kami dengan melihat kurang berkesannya teknik penyampaian Perunding Utama kami. Namun ceramah tetap diteruskan dengan harapan pada kali ini, ia akan menjadi lebih baik. Seperti biasa, ceramah berjalan dengan lancar dan berkesan serta peserta menampakkan minat yang mendalam jika dibandingkan dengan pertemuan kali pertama.

Kami di IQ Class Management ingin merakamkan jutaan terima kasih khususnya buat Cikgu Suria yang memilih kami untuk berkali-kali datang ke SK Taman putra perdana 2 ini. Semoga usaha murni ini menjadi iktibar dan pengajaran buat semua.

Catatan Popular