AKADEMI AL-QURAN MEDIC MALAYSIA TAHUN KEDUA


14 Ogos 2011, Tanjung Rhu, Sepang - IQ Class Management menerima pelawaan untuk mengisi slot Motivasi Minggu Haluan Siswa persediaan pelajar ke Timur Tengah yang dianjurkan oleh Akademi Al-Quran Medic malaysia.

Walaupun kursus ini bermula semenjak 13 Ogos, kami di IQ Class Management ditawarkan 4 slot iaitu pada tarikh 14, 15, 16 dan 18 Ogos dari jam 2.00 hingga 4.30 petang. Kali ini, fasilitator kami dibarisi oleh Khaulah, Azali, Wan Saiful, Wan Natasya dan Adilah serta dibantu seorang fasilitator PKPIM Atiqah.

Objektif aktiviti dibahagikan mengikut harinya. Hari pertama, pemecah bendungan. Masuk hari kedua pembentukan kumpulan. Manakal hari ketiga pula menyentuh perkara berkenaan potensi diri dan istiqamah serta hari terakhir adalah matlamat halatuju serta resolusi kursus.

Segalanya berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan ia memberikan kesan yang baik kepada mereka yang telah turut serta. Kami doakan kejayaan semua pelajar yang akan ke sana dan mudah-mudahan diberkati Allah s.w.t.

Catatan Popular