3 JAM DI SK BANDAR SRI DAMANSARA 3


19 Ogos 2011, Bandar Sri Damansara - Perunding Utama Latihan dan Motivasi diiringi oleh Adri tiba di SK Bandar Sri Damansara 3 jam 8.00 pagi. Bulan Ramadhan kali ini, IQ Class Management begitu sibuk mengisi ruang-ruang ceramah dan kursus. Mudah-mudahan, puasa kami tidaklah menjadi sia-sia.

Hari ini, ceramah yang akan disampaikan adalah selama 3 jam. 2 tajuk ceramah yang disampaikan iaitu SCORE 5A dan Persiapan Terakhir UPSR. Ceramah berlangsung baik dengan pelajar menunjukkan minat yang tinggi dengan apa yang dibincangkan.

Ceramah tamat pada jam 11.30 pagi. Walaupun terdapat beberapa kesalahan dan kekurangan dari segi teknikal, semuanya lancar dan kami mendoakan agar pihak sekolah SK Bandar Sri Damansara 3 dapat meneruskan usaha murni ini dan diberikan kejayaan di dunia dan akhirat.

Catatan Popular