PAGI DI SK SEKSYEN 27 (1) SHAH ALAM


14 Julai 2011, Seksyen 27 Shah Alam - Perunding Utama kami telah bergerak seawal pagi ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (1) Shah Alam dengan diiringi seorang pembantu dan fasilitator Encik Adri Hushairi. Ceramah bertajuk Pengurusan Stres untuk pelajar tahun 6 ini menjadi pilihan pihak sekolah untuk memberikan pendedahan dan memberikan pemahaman kepada peserta mengenainya.

Ceramah yang berlangsung selama 2 jam ini berjalan lancar walaupun pada peringkat awal berlaku sedikit kekalutan kerana LCD tidak disediakan. Namun itu bukanlah halangan kerana ia hanyalah alatan sokongan. Ceramah dimulakan tanpa ada paparan slaid namun ia masih berjalan dengan baik.

Pertemuan bersama pelajar SK Seksyen 27 (1) ini merupakan pengalaman kedua kami dan mudah-mudahan apa sahaja yang kami sampaikan menjadi peringatan kepada pelajar juga guru-guru yang bertugas pada hari tersebut. Terima kasih.

Catatan Popular