MODUL KEIBUBAPAAN SEHARI DI BUKIT BERUNTUNG


2 Julai 2011, Bukit Beruntung. IQ Class Management bersama 5 orang fasilitator telah berada di Surau Ar-Raudhah Taman Widuri, Bukit Beruntung 3 bersama melaksana dan menganjurkan kursus bersama anak-anak dan ibu bapa. Kursus yang berlangsung selama hampir sehari bermula dari jam 9.00 pagi sehingga tamat pada jam 4.30 petang alhamdulillah mendapat sambutan dan kerjasama yang menggalakkan.

Walaupun pada tarikh ii telah berlaku pertembungan aktiviti dengan sekolah kerana penganjuran larian 1 Malaysia, namun ibu bapa telah memberikan komitmen walaupun jauh di dalam hati mereka merasa sedikit ralat kerana anak mereka tidak dapat turut serta pada hari itu.

Kursus ini dimulai dengan sesi aktiviti anak-anak dan ibu bapa yang bertajuk Bahagia Bersama. Kemudian, peserta kanak-kanak dan ibu bapa dibawa bersama untuk solat sunat Dhuha yang diketuai oleh Perunding Utama kami. Sesi berikutnya, peserta kanak-kanak dipecahkan ke dalam kumpulan bersama fasilitator manakala ibu bapa bersama perunding utama kami untuk aktiviti 'tahsin solat'.

Sesi petang selepas solat Zohor berjemaah ibu bapa didedahkan dengan kemahiran keibubapaan manakala anak-anak mengikuti acara 'treasure hunt solat'. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih dan berharap program sebegini akan subur dan diperbanyakkan lagi demi kemajuan dan pembangunan keluarga yang sihat.

Catatan Popular