KALI PERTAMA DI SK SG TEKALI


15 Julai 2011, Sungai Tekali, Hulu Langat - IQ Class Management diketuai oleh Perunding Utama bersama Adri, Afif dan Bob (Wan Saiful) telah tiba di SK Sg Tekali seawal jam 7.50 pagi bagi memenuhi jemputan ceramah yang bertajuk Cara Belajar Berkesan.

Kami disambut mesra oleh pihak sekolah dan Puan Siti Ajar yang telah menjemput kami. Perjalanan ceramah berjalan lancar dan mereka menunjukkan komitmen yang tinggi khususnya barisan guru-guru yag bersama pelajar pada waktu itu.

Ceramah yang disampaikan baik dan diharapkan pelajar dapat menerima dan menjadikan maklumat itu sebagai perkara yang akan diamalkan. Harapan para guru pula ingin melihat ceramah yang menjurus kepada teknik-teknik belajar, tetapi sebenarnya, ia bukanlah teknik tetapi lebih kepada persiapan sebelum memulakan pembelajaran dan bagaimana pelajar boleh meningkatkan keupayaan yang lebih besar dalam belajar.


Ceramah tamat pada jam 10.00 pagi dan diiringi untuk menjamu selera di Bilik Wawasan. Kami mewakili warga kerja IQ Class Management mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan kami amat berharap untuk dapat membantu pelajar-pelajar dalam mencapai keputusan yang lebih baik. Terima kasih.

Catatan Popular