YOUNG ABIM CAMP: SMART Teen


10 Jun 2011, Kem Perah FRIM Kepong. Seramai 22 orang peserta remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 4 telah menyertai perkhemahan 'Young ABIM Camp' selama 3 hari 2 malam.

Bermula dari petang 8 Jun 2010, peserta disajikan dengan aktiviti yang menarik hasil kerjasama antara IQ Class Management dan ABIM Selangor. Program yang dianjurkan buat pertama kalinya ini, merupakan percubaan awal kami di IQ Class Management bagi mengetengahkan program yang berbentuk motivasi dan pendidikan yang holistik.

SMART yang membawa 5 komponen kecemerlangan bermula dari merancang matlamat, istiqamah dengan matlamat, sikap yang betul untuk mencapai matlamat, risiko yang bakal dihadapi untuk mencapai matlamat serta pengurusan masa yang berkesan. Ia dirangkumkan ke dalam satu program yang mengutamakan agama sebagai asas dalam kehidupan.

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini mudah-mudahan menjadi satu sepak mula IQ Class Management dalam memperkenalkan teori-teori motivasi dan kecemerlangan kepada masyarakat khususnya pelajar-pelajar di Malaysia.

Catatan Popular