SK CONVENT JALAN PEEL, SEKALI LAGI


30 Jun 2011, Jalan Peel, Kuala Lumpur. IQ Class Management sekali lagi menerima jemputan dari pihak SK Convent Jalan Peel hari ini. Kali ini, Perunding Utama kami diminta untuk berkongsi tips tentang anak-anak yang tidak berjaya melepasi ujian LINUS mereka di sekolah.

Tajuk ceramah hari ini adalah Masih Ada Sinar yang bertujuan untuk menjelaskan kepada para guru dan ibu bapa tentang maklumat dan persiapan yang perlu mereka lakukan untuk membantu anak mereka berjaya melepasi ujian tersebut. Seperti biasa, kehadiran baik namun terdapat juga pelbagai masalah lain yang dikongsikan guru-guru kepada kami.



Semuanya itu membuka minda kami dengan pengalaman yang kami tempuhi sebelum ini. Ibu bapa kadangkala terlepas pandang dan tidak boleh menerima hakikat tentang anak-anak mereka. Usaha guru adalah usaha utama di sekolah tetapi sebaliknya di rumah, itu adalah tanggungjawab ibu bapa.

Harapan kami, agar guru-guru yang berwibawa ini (Puan Zaiton, Puan Marlia dan guru-guru lain) tidak Allah putuskan kemahuan untuk terus berkorban dan berusaha demi kebaikan jangkamasa panjang anak-anak bangsa kita. Terima kasih. Semoga jasa kalian sentiasa diingati dan dirahmati Allah s.w.t.

Catatan Popular