PROGRAM PENGHAYATAN SOLAT SMK PERIMBUN


16 Jun 2011, SMK Perimbun Cheras. Alhamdulillah, IQ Class Management meneruskan perjalanan kerja dakwah dan usaha menyampaikan khabar gembira ini. Kali ini, kami telah berada di SMK Perimbun Cheras. Perjalanan pagi tersebut lancar dan kami memulakan sesi agak lewat memandangkan menunggu kedatangan pelajar-pelajar yang menjadi peserta pada hari tersebut.

Kerjasama yang diberikan cukup baik. Penegasan para pendidik di SMK Perimbun mengharapkan, melalui proses dan aktiviti yang dilangsungkan, akan menimbulkan kesedaran dan minat pelajar untuk terus menunaikan solat serta tidak meninggalkannya.

Namun, permintaan itu seolah-olah terlalu tinggi. Tempoh masa yang ada kurang dari 1 hari dan ia amat sukar untuk dicapai. Namun, untuk tidak menghampakan, kami berusaha sedaya mungkin untuk memberikan peringatan kepada pelajar agar ia disedarkan dari lena yang panjang.

IQ Class Management juga mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan program yang lebih panjang dengan kos yang terhad (yang dimiliki oleh pihak sekolah) sekiranya menginginkan kesan yang lebih mendalam. Terima kasih kepada Ustazah Zamilah yang sudi mempersilakan kami ke SMK Perimbun dan semoga usaha baik itu akan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t.

Catatan Popular