KENALI ANAK KITA


Adakah kita benar-benar mengenali siapa anak kita? Kerapkali dalam urusan untuk kita membesarkan anak-anak, kita menganggap mereka serupa sahaja baik anak yang pertama kedua atau ketiga. Hakikatnya, itu adalah tidak benar. Kita tidak melihat perkembangan mereka dari aspek yang pelbagai. Jom kenali anak-anak kita.

Pertama, dari aspek fizikalnya. Adakah mereka sihat atau sakit? Kuat atau lemah atau mereka berasa rendah diri kerana badan yang gemuk atau terlalu kurus? Fizikal adalah penampilan diri mereka. Ia tidak ubah seperti kulit mereka, jika ia berkurap, maka itu amat memalukan.

Kedua, dari aspek kognitif mereka. Ada anak, akademiknya maju sedikit berbanding yang lain dan mungkin ramai yang kognitifnya hebat tetapi seorang atau 2 orang anak kita lebih kepada amali dalam pendidikan mereka. Pernah kita tahu adakah anak kita itu minat membaca atau membaca kerana terpaksa?

Ketiga, soal aspek emosi mereka. Seringkali dimarahi tanpa tahu mengapa mereka dimarahi. Bahkan ada yang ibu atau bapanya sombong sampaikan kadangkala anak yang bertanya juga dimarah.

Keempat, aspek tingkahlaku. Ia merujuk kepada contoh ibu bapa mereka sendiri. Bak kata Saiyidina Ali, mendidik anak ada 3 fasa, fasa pertama bermula dari hari pertama lahir hingga berumur 7 tahun. Tatanglah mereka umpama minyak yang penuh. 7 tahun hingga 14 tahun, didiklah tingkahlaku mereka.

Kelima, aspek sosial. Bebaskan mereka berkawan, tetapi dalam kebebasan perlu ada pantauan dan pemerhatian.

Keenam, aspek kerohanian mereka. Ini aspek yang kerapkali kita lupakan. Kerana ia seolah tidak penting sedangkan inilah tunjang anak-anak apabila mereka masuk ke fasa ke tiga iaitu selepas berumur 14 tahun.

Follow by Email

BERSAMA KAMI