BERSAMA YATIM DI RAUB PAHANG


19 Jun 2011, Ulu Dong, Raub Pahang - IQ Class Management, Jo, Zaki dan KAMZ telah diberikan mandat untuk menjalankan Kem Kerohanian Pelatih JKM yang terdiri daripada 24 orang remaja terpilih dari negeri Selangor. Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini (bermula 17 Jun 2011) telah banyak memberikan ruang berfikir serta muhasabah diri kepada kami di IQ Class Management.

Kem ini berlangsung dengan suasana aman dan amat menguji kemampuan kami sebagai fasilitator berpengalaman. Bermula dengan sesi taklimat dan suaikenal, sehinggalah Qiyamullail, Dhuha dan aktiviti LDK, penyertaan menggalakkan dan peserta terlibat secara keseluruhannya. Peserta adalah terdiri daripada mereka yang berumur 16 hingga 24 tahun.

Peluang ini amat berbeza berbanding peluang yang pernah kami lalui sebelum ini. Kami amat bersyukur, kerana Allah s.w.t. membimbing kami dengan memberikan pengalaman berharga serta satu peringatan besar tentang generasi yang bakal kami pimpin dan ketuai.

Pulang dari kem ini, kami berdoa dan mengharap, generasi akan datang akan menjadi lebih baik dan ini menjadikan kami perlu terus melakukan kerja ini. Pada saat ini, kami amat mengharap, setiap individu sama ada yang ada kuasa atau berjawatan, mahupun yang tiada keduanya, memainkan peranan sebaik-baiknya. Apatah lagi mereka-mereka yang bergelar IBU dan BAPA. Mudah-mudahan ia menjadi iktibar untuk kami dan terus menyemarakkan semangat kami dalam perjuangan ini.

Catatan Popular