IQ CLASS MANAGEMENT DI SKALI


28 Jun 2011, Sentul Kuala Lumpur. Perunding Utama Latihan dan Motivasi, Kamarul Azami bin Mohd Zaini telah diundang oleh SKALI Web Services untuk memberikan latihan Kursus Asas Fasilitator kepada 100 orang kakitangan mereka.

Menurut makluman penyelarasnya, kursus ini bertujuan untuk mempersiapkan kakitangan mereka dengan kemahiran ini bagi melaksana program-program khidmat masyarakat syarikat mereka. Kursus yang berlangsung dalam tempoh 2 hari iaitu 24 dan 28 Jun ini telah dilaksana dalam tempoh masa 3 jam sahaja.

Ia amat ringkas, namun berdasarkan pengalaman penceramah sendiri, peserta telah didedahkan tentang apa itu fasilitator, apakah tugasnya serta etika sebagai seorang fasilitator. Yang menariknya, diakhir sesi ini, peserta sempat melakukan latihan sebagai seorang fasilitator. Ini dapat memberikan gambaran jelas kepada peserta tentang peranan serta apa yang bakal mereka lalui.

Ternyata, 3 jam untuk satu sesi ini amat ringkas, namun diharapkan ianya amat berkesan dan berbaloi untuk mereka yang menghadirinya. Melihat kepada respon peserta yang ditemui dalam 4 sesi, berpuashati dan bergembira dengan aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kerana memberikan kami peluang ini.

Catatan Popular