PPROGRAM PENGHAYATAN ISLAM, MOTIVASI & JATIDIRI R EMAJA


SASARAN PROGRAM:

Program ini disesuaikan untuk pelajar-pelajar bermula dari tahun 3, 4, 5 dan 6. Ia khusus bagi memberikan kesedaran tentang kehidupan sebagai seorang Muslim disamping meningkatkan motivasi, serta membina jatidiri untuk terus menjadi pelajar berdisiplin dan berakhlak mulia.


JANGKAMASA PROGRAM
:
Akan berlangsung selama 3 hari 2 malam. Tarikh akan ditentukan oleh pihak penganjur program.


OBJEKTIF PROGRAM
:
Selepas mengikuti program ini, peserta akan dapat;
  • Meningkatkan kesedaran mengenai cara hidup Islam,
  • Menambah pengetahuan tentang amali solat dalam kehidupan;
  • Meningkat daya motivasi diri peserta melalui konsep kecemerlangan dalam Islam;
  • Melahirkan peribadi yang bermotivasi dan cemerlang dari segi akhlak dan jatidiri serta;
  • Melaksanakan aktiviti kerohanian sebagai menghayati amalan ibadah harian sebagai seorang Muslim.


PENDEKATAN PROGRAM
:
Program ini menggunakan pendekatan latihan modular berfasilitator. Pendekatan latihan modular adalah termasuk aktiviti syarahan, permainan serta pembentangan kumpulan peserta. Tugasan fasilitator pula adalah khusus dalam membimbing peserta di dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan, mengarahkan perbincangan serta membimbing peserta dalam membentuk pasukan.


KEPERLUAN PROGRAM:
Antara keperluan asas yang diperlukan bagi melancarkan perjalanan program ini adalah seperti berikut:
  • LCD Projektor
  • Audio dan PA sistem
  • Dewan
  • Surau atau tempat solat
  • Kelas atau kawasan lapang (untuk aktiviti LDK)
  • Tempat menginap untuk peserta dan fasilitator.

Manakala peserta perlu membawa:
  • Alatulis
  • Buku nota kecil peribadi
  • Pakaian kemas berkolar (lelaki) dan tidak menjolok mata (perempuan)
  • Pakaian dan kasut sukan
  • Alatan mandi


HUBUNGI KAMI:
  • 019-316 1738 (Encik Johari)
  • 019-366 0412 (Encik Mohammad Zaki)
  • 019-277 0412 (Encik Kamarul Azami)
  • Emel: iqclassmanagement@yahoo.com
  • Faksimili: 03-3289 1080
  • atau muat turun di sini.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI