KESUNGGUHAN DALAM SETIAP TUGASAN


KESUNGGUHAN DALAM SETIAP TUGASAN


Tahun 2011, IQ Class Management mengorak langkah ke tahun dengan azam untuk memperbaiki persembahan, keyakinan serta sumbangan idea dan kemahiran latihan kepada masyarakat di Malaysia. 7 Januari 2011 merupakan langkah pertama IQ Class Management merapati dan kembali kepada kelompok masyarakat di sekolah. Penyertaan kami di disekolah kali ini lebih besar ertinya dengan pengalaman serta cita-cita besar yang sarat dibawa ke tahun 2011.

7 Januari 2011, kami melangkah ke Sekolah Kebangsaan Petaling 2. Langkah kamu bersemangat dan memenuhi undangan tepat pada masanya. Kami disambut baik oleh guru-guru sekolah tersebut yang diketuai oleh Cikgu Shaifuddin. Perbincangan awal kami atas jemputan ini, perunding utama kami akan menyampaikan 3 slot ceramah satu jam kepada 2 kelompok sasaran. Sesi yang pertama adalah kepada ibu bapa pelajar. Manakala sesi kedua dan ketiga masing-masing kepada pelajar tahun 6 dan pelajar bersama ibu bapa mereka.

Namun, pada hari kejadian, perancangan berubah dan kami dilibatkan di dalam 2 sesi sahaja. Sesi ketiga seperti yang dirancang, telah dilaksanakan oleh barisan guru-guru mereka sendiri. Dari sudat pandang mata kasar kami, hanya guru-guru tahun 6 yang terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini diberi nama Titian Kasih. Ternyata, usaha mereka membuahkan hasil yang amat memberangsangkan. Kehidupan seorang pendidik adalah untuk memastikan setiap tugasan yang mereka laksanakan pada tahap yang terbaik. Tiada keluah dan tiada kesah. Yang ada Cuma perjuangan untuk melahirkan insan yang terbaik dari sekolahnya.

Sesi ketiga pada hari tersebut begitu menyentuh perasaan. Ibu bapa menitiskan airmata apabila anak-anak mereka dikalungkan ikrar kecemerlangan dan membacakannya dihadapan ibu bapa mereka. Si anak, menangis kerana berdoa dan mengharap, kejayaan yang bakal mereka kecapi dalam peperiksaan UPSR adalah untuk mereka. Apa yang mampu kami lihat, airmata anak-anak bersama ibu bapa mereka adalah hasil keprihatinan para guru yang amat berjasa. Apabila di dalam ceramah kami, penceramah sebutkan, “Saya doakan Sekolah Kebangsaan Petaling 2 ini mendapat 100% 5A’, spontan guru mereka menjawab, ‘Amin’, dengan penuh keyakinan dan pengharapan.

Kesungguhan yang tiada tolok bandingnya. Kesungguhan yang membuktikan bahawa, peranan dan tanggungjawab dalam menyelesaikan tugasan tersebut dipikul dan dijadikan amanah yang benar-benar membebankan. Sekiranya, setiap jiwa pendidik, ditanamkan kesungguhan dan keikhlasan dalam melaksanakan tugasan pendidikan untuk anak bangsa ini, nescaya, usah kita khuatirkan masa depan anak-anak kita kerana mereka pasti membelanya.

Ingatlah wahai guru-guru! Anak bangsamu adalah tanggungjawabmu. Anak bangsamu adalah penyambung warisan dan keturunanmu. Usah diabaikan hanya kerana kepentingan dirimu. Usahlah dibiarkan hanya kerana mereka bukan ahli keluargamu. Pahalamu pasti bertambah kerana setiap amalmu adalah sedekah. Setiap perilakumu menjadi contoh dan qudwah. Maka, datangkanlah kesungguhan dalam setiap tugasanmu.


Muat turun artikel ini di sini.

Follow by Email

BERSAMA KAMI