KEM KEPIMPINAN MUDA (KEMUDA)


KEM KEPIMPINAN MUDA (KEMUDA)


PENGENALAN

Kem Kepimpinan Muda atau KeMudA mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Saudara Kamarul Azami bin Mohd Zaini melalui siri latihan kepimpinan IQ Class Management. Ia merupakan sebuah modul yang dibangunkan atas permintaan siri-siri latihan kepimpinan yang menyasarkan golongan muda atau lebih dikenali sebagai golongan kanak-kanak diperingkat sekolah rendah.

Kepentingan pembinaan modul ini didasari oleh keinginan oleh banyak pihak khususnya dari kalangan pendidik dan tenaga pengajar di sekolah-sekolah rendah disekitar Lembah Klang. Sehingga hari ini, telah lebih dari 30 siri latihan KeMudA dijalankan disekitar sekolah rendah Lembah Klang. Sambutan yang diberikan oleh pihak pentadbir dan pelaksana kem di sekolah amat memberangsangkan sehinggakan ia menjadi salah satu kem wajib yang dijalankan kepada kelompok kepimpinan pelajar di sekolah mereka.

Kami selaku pembina dan pelaksana kem ini, mengharapkan daripada kem-kem latihan sebegini akan dapat membantu memberikan kefahaman kepada pelajar-pelajar tentang apa itu kepimpinan, membina keyakinan diri pelajar yang memimpin di sekolah, menjelaskan tentang tugas dan peranan mereka berdasarkan situasi serta ciri-ciri yang seharusnya dibangunkan dalam diri mereka seawal usia dalam membentuk pemikiran dan gaya penampilan seorang pemimpin.


Mengapa KeMudA harus dilaksanakan di sekolah anda?

Kami di IQ Class Management memiliki pengalaman yang luas dalam melatih, membimbing serta melahirkan kepimpinan dipelbagai peringkat bermula diperingkat sekolah rendah, sekolah menengah juga institusi pengajian tinggi. Pengalaman yang dimiliki oleh para perunding latihan kami dalam penglibatan mereka sebagai kepimpinan di dalam badan-badan NGO, mengetuai dan menjadi jurulatih dalam beberapa program bersama Kementerian Belia dan Sukan, serta membantu membangunkan beberapa syarikat serta terlibat secara langsung dalam program latihan kepimpinan diperingkat korporat. Selain itu, modul Kursus Latihan Kepimpinan Islam yang dibangunkan oleh mereka juga digunapakai oleh Markas Pendidikan dan Latihan Udara (MPLU) sebagai salahsatu silibus latihan pilihan kepada pegawai-pegawai berjawatan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Atas pengalaman latihan yang dimiliki, maka modul KeMudA dibentuk bagi menyesuaikan pendekatan serta isi kandungan latihan dengan peringkat umur sasaran kem iaitu barisan kepimpinan sekolah rendah yang terdiri daripada kelompok pelajar berjawatan sebagai pengawas, ketua dan penolong ketua darjah, pengawas pusat sumber atau pustakawan, pembimbing rakan muda juga pengawas siber atau briged siber.


Apa yang akan mereka pelajari di dalam KeMudA?

Selepas mereka menyertai kem ini, mereka akan dapat;

(01) Memahami maksud Kepimpinan Muda.
  • Ia akan diperjelaskan dalam satu sesi ceramah pendek interaktif yang akan dikendalikan oleh perunding kami. Peserta akan diberikan kefahaman tentang apa itu pemimpin, segitiga kepimpinan serta kepimpinan muda.
(02) Menerapkan nilai-nilai asas kepimpinan muda melalui konsep P.K.T.
  • P.K.T merupakan 3 ciri asas yang dibina khusus bagi memenuhi keperluan latihan seorang pemimpin muda dalam modul ini. P mewakili perkataan patuh, K bagi ketua dan T pula adalah untuk teladan.
(03) Mempelajari tatacara menjadi pemimpin muda yang baik.
  • Melalui perkataan patuh, peserta diperkenalkan dengan falsafah ‘Pemimpin yang baik bermula dari menjadi pengikut yang baik’.
(04) Membina keyakinan dan penampilan diri sebagai seorang pemimpin muda.
  • Peserta akan diberikan beberapa arahan dalam aktiviti yang berbentuk bengkel dan permainan. Peserta akan dicungkil bakat, diberikan cabaran serta membentuk pemikiran yang sebenar, keyakinan diri serta penampilan sebagai pemimpin.
(05) Mempelajari tentang tugas dan peranan sebagai pemimpin muda berdasarkan situasi sebenar.
  • Peserta juga akan dikelompokkan di dalam kumpulan dan mereka akan diberikan tugasan bagi melaksakan tugas. Ini merupakan salah satu latihan bagaimana mereka dapat menjadi pemimpin yang berkesan dan teladan kepada rakan-rakan yang lain.

Pendekatan yang akan kami gunakan adalah berbentuk modul latihan interaktif. Ia mempunyai elemen ceramah dalam permainan dan bengkel dalam LDK.


Bagaimana anda dapat melaksanakan KeMudA di sekolah?

Perlaksanaannya amat mudah. Jangkamasa yang diambil hanyalah selama 5 atau 9 jam sahaja. Kos perbelanjaan adalah minimum. Sila berhubung dengan wakil IQ Class Management bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Sila hubungi mana-mana wakil syarikat kami.


Muat turun kertas maklumat ini di sini.

Follow by Email

BERSAMA KAMI