SK SEKSYEN 6 SHAH ALAM


26 Januari 2011 bersamaan 21 Safar 1432. SK Seksyen 6 Shah Alam. Kami tiba awal jam 8.00 pagi. Namun pagi ini pertemuan kami tidak sekereta tetapi sebuah kereta dan sebuah motorsikal. Ketibaan penceramah kami Encik Kamarul Azami Mohd Zaini disambut oleh guru-guru yang bersama pelajar tahun 5 dan 6 di dewan. Ceramah dimulakan dengan baik oleh penceramah dan suasana aman dan amat tenteram.

Ceramah berlangsung selam 2 jam dengan berakhir sesi muhasabah dalam slot ceramah Motivasi CINTA. Metod dan isi kandungan perlukan beberapa perubahan memandangkan penyertaan adalah dari kelompok yang berbeza. Penyampaian sangat baik dan berakhir dengan ucapan terima kasih dan penghargaan dari sebahagian peserta.

Kami agak tergesa-gesa memandangkan, ada satu lagi ceramah di Jalan Semarak. Kami sempat berbual dengan Cikgu Idris, Guru Besar ketika makan dan mendapatkan beberapa pandangan dan perhatian beliau berkenaan pelajar hari ini. Walaubagaimanapun kami ucapkan tahniah dan syabas buat guru-guru SK Seksyen 6 Shah Alam kerana berjaya melaksanakan program yang baik demi untuk membina masa depan negara yang gemilang.

Catatan Popular