SK RASA, TAHUN KEDUA


27 Januari 2011 bersamaan 22 Safar 1432. SK Rasa Kuala Kubu. Kami tiba di Kuala Kubu tepat jam 8.00 pagi. Bersarapan serta membuat beberapa persiapan. Hari ini, tugas Encik Mohammad Zaki Melatusamsi untuk memberikan ceramah yang bertajuk Kemahiran Belajar.

Alhamdulillah, ceramah berjalan lancar, namun isi kandungan tidak menepati permintaan sekolah. Hasilnya, sekolah meminta agar kami datang semula ke sekolah untuk memperbaikinya. Pengajaran buat kami yang penting adalah permintaan itu harus didengari sendiri oleh penyampai dan apabila melalui proses orang tengah, ia samar dan akhirnya tidak berkesan.

Ceramah menumpukan kepada perbincangan 'mind-mapping'. Tetapi masa amat terhad dan ini disebabkan beberapa kelemahan penceramah. Tetapi hasil perbincangan kami bersama, IQ Class Management akan mengenengahkan 2 lagi tajuk ceramah disamping ceramah Kemahiran Belajar iaitu Ceramah Mind-Mapping dan Teknik Mengingat. Terima kasih kepada Cikgu Afaf yang telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada IQ Class Management.

Catatan Popular