SK PETALING 2; PROGRAM TITISAN KASIH


7 Januari 2011 bersamaan 2 Safar 1432. SK Petaling 2, Kuala Lumpur. Ceramah bertajuk 'Ibu Bapa Sebagai Faktor Motivasi' telah disampaikan oleh Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini kepada ibu bapa pelajar tahun 6 SK Petaling 2.

Ceramah yang serba ringkas di dalam tempoh masa 60 minit alhamdulillah telah berjaya menyentuh beberapa isu serta memberikan serba sedikit kesan dihati ibu bapa yang mendengar. Sehinggakan ada dikalangan ibu bapa yang menyatakan bahawa apa yang disampaikan betul-betul 'mengenakan' mereka. Sesi bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 9.30 pagi.

Seterusnya, penceramah diiring untuk bersama pelajar tahun 6 SK Petaling 2. Seramai 49 orang pelajar mendengar ceramah yang bertajuk 'Petua dan Nasihat Kejayaan'. Ceramah bermula jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi. Program yang dinamakan sebagai 'Titisan Kasih' ini diakhiri dengan kalungan harapan ibu bapa dan bacaan akujanji pelajar dihadapan ibu bapa mereka. Ia amat menyentuh perasaan dan kami di IQ Class Management mendoakan kejayaan setiap pelajar tahaun 6 di SK Petaling 2. Tidak lupa juga kami ucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada usaha barisan para guru SK Petaling 2 yang dipimpin oleh Puan Habsah selaku guru besarnya.

Catatan Popular