SK COCHRANE PERKASA; KALI PERTAMA


22 Januari 2011 bersamaan 17 Safar 1432. SK Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur. Kami tiba di sekolah pada jam 8.55 minit pagi dan disambut oleh Cikgu Yaziz, Penolong Kanan 1 SK Cochrane Perkasa. Beliau memaklumkan bahawa hari ini, pelajar turut diiringi ibu bapa mereka untuk sesi perbincangan dan pertemuan pihak sekolah bersama ibu bapa pelajar tahun 6.

Ceramah disampaikan oleh Encik Kamarul Azami Mohd Zaini bermula dengan sesi pertama pada jam 9.00 pagi. Bermula sedikit lewat atas sebab masalah teknikal, namun, ceramah tetap dapat ditamatkan pada jam 10.05 pagi untuk memberikan ruang kepada pelajar untuk rehat. Tepat jam 10.25 pagi, sesi kedua sepatutnya bermula. Oleh kerana menunggu pelajar bersedia dan berada di dalam dewan, kelewatan sekali lagi berlaku. Kali ini, pelajar ditegur oleh penceramah tentang sikap mereka yang sangat negatif dalam menimba ilmu. Ia amat bersesuaian dengan tajuk ceramah beliau iaitu Petua dan Nasihat Kejayaan.

Ceramah ditamatkan pada jam 11.25 pagi. Walaupun telah ditegur dan dimarahi, pelajar nampaknya mampu memberikan tumpuan dengan baik dan mereka menunjukkan perubahan yang ketara ketika di dalam dewan. Pertemuan ringkas ini dapat berlaku atas izin Allah s.w.t. dan kami sempat memberikan beberapa aktiviti atau sesi cadangan untuk pihak sekolah anjurkan khususnya, program akujanji pelajar dihadapan ibu bapa mereka sebagaimana yang telah dilaksanakan di SK Petaling 2 yang telah kami saksikan beberapa minggu yang lalu. Terima kasih dan sekalung penghargaan buat Cikgu Yaziz dan Cikgu Saiful serta barisan guru-guru tahun 6 SK Cochrane Perkasa.

Follow by Email

BERSAMA KAMI