PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR S.M.A.R.T


PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR S.M.A.R.T

[ PENGENALAN KURSUS ]
Sudah menjadi kemestian dan keperluan kita pada hari ini untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk diri dan ahli keluarga. Institusi pendidikan pada hari ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Namun persoalannya, adakah institusi pendidikan tersebut memenuhi piawaian pendidikan yang sebenar? Guru sebagai contohnya, semakin ramai yang lahir dari graduan-graduan yang tarafnya profesional. Tetapi akhirnya memilih guru sebagai kerjaya kerana sudah tiada pilihan kerja yang lain. Adakah sebegitu teruk sistem pendidikan pada hari ini?

Soalan ini sering timbul setiap kali di dada-dada akhbar tersiar gambar dan berita tentang salahlaku pelajar dan tingkahlaku guru yang dianggap ‘kurang ajar’. Perubahan mentaliti mereka mendidik amat merisaukan kerana teringat pepatah melayu ada disebutkan, jika guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Ini jelas menunjukkan kepincangan yang amat membimbangkan. Tambahan pula apabila keperluan guru untuk menggunakan rotan dan sebagainya tidak diberikan ruang yang rasional yang akhirnya melahirkan guru yang hanya melaksanakan tugas bagai melepaskan batuk di tangga. Namun ini bukanlah penyelesaiannya. Mencari kesilapan dimana-manapun akan berbalik kepada siapa yang bercakap atau menilainya. IQ Class Management pada dasarnya melihat, isu ini sebagai tugas dan amanah yang perlu dipikul oleh semua pihak, baik pendidik, ibu bapa atau badan-badan sokongan seperti kementerian dan badan-badan bukan kerajaan. Peranan boleh jadi pelbagai. Apa yang utama adalah penglibatan dan kesungguhan untuk membuat perubahan.

Program Pembangunan Diri Pelajar S.M.A.R.T merupakan sebuah lagi usaha kami untuk membantu melahirkan generasi pelajar yang berpandangan jauh. Asasnya sebagai pelajar mereka semestinya mempunyai matlamat yang jelas dalam merencana strategi kecemerlangan hidup. Fokus yang tepat dan berterusan, perubahan sikap yang menentukan kejayaan itu ke arah positif atau negatif. Membincangkan juga soal risiko dalam mencapai kejayaan serta jangkamasa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. untuk manusia.

IQ Class Management
23 September 2010


[ MATLAMAT AKHIR KURSUS ]

Program Pembangunan Diri Pelajar S.M.A.R.T berhasrat agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai matlamat perjuangan dan kecemerlangan yang jelas untuk diri, keluarga dan masyarakat. Mereka juga, mempunyai daya ketahanan dan ketabahan dalam mendepani pelbagai risiko dan cabaran dalam menempa kejayaan.


[ OBJEKTIF KURSUS ]

Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;
  1. Membakar semangat motivasi dalam diri untuk terus menanam minat untuk belajar;
  2. Membentuk matlamat yang jelas dalam pembelajaran serta pencapaian peperiksaan;
  3. Memahami keperluan pendidikan dalam menentukan cita-cita serta;
  4. Memperbaiki sikap terhadap ilmu.


[ BUTIRAN PERLAKSANAAN KURSUS ]

  1. Jangkamasa perlaksanaan: 3 hari 2 malam (masuk hari pertama: 5.00 petang dan tamat hari ketiga: 2.00 petang)
  2. Bentuk aktiviti yang dilaksanakan: Aktiviti ‘in-door’ atau dalam dewan serta sedikit aktiviti lasak (out-door).
  3. Tempat perlaksanaan: Pusat latihan, resort atau hotel.
  4. Bahasa pengantaraan: Bahasa Melayu (utama) dan Bahasa Inggeris
  5. Sasaran penyertaan: Pelajar-pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 atas atau bawah. Juga sesuai untuk pelajar-pelajar tahun 1 dan 2 diperingkat IPT.
  6. Bilangan penyertaan: Maksimum 80 orang pelajar.

Bentuk Aktiviti
1. Taklimat
2. Solat berjemaah
3. Pengisian Kerohanian
4. Permainan Bermodul
5. Latihan Dalam Kumpulan
6. Perbincangan dan Pembentangan
7. Aktiviti Fizikal


Muat turun kertas kerja ini di sini.

Tiada ulasan:

PELANGGAN SEKOLAH RENDAH

SK Sungai Serdang (17) SK Assam Jawa (11) SK Bandar Baru Bangi (8) SK Seksyen 11 Kota Damansara (8) SK Serdang (8) SK Petaling 2 (7) SK Taman Puteri (7) SK Batu 4 (1) Jalan Ipoh (6) SK Serendah (6) SK Taman Putra Perdana 2 (6) SK Convent Jalan Peel (5) SK Simpang Lima Sungai Besar (5) SK Taman Maluri (5) SK Tun Hussein Onn (5) SK Convent Sentul (1) (4) SK Gombak Setia (4) SK Kelana Jaya (2) (4) SK Lubok Kelubi (4) SK Methodist (P) Klang (4) SK Seksyen 27 (1) Shah Alam (4) SK Bandar Baru Sri Damansara (3) SK Bandar Sri Damansara 3 (3) SK Dengkil (3) SK Dusun Tua (3) SK Klang (3) SK Methodist PJ (3) SK Padang Tembak 2 (3) SK Parit Enam (3) SK Rasa (3) SK Sri Serdang (3) SK Sungai Burong (3) SK Taman Klang Jaya (3) SK Taman Universiti Seri Kembangan (3) SK Ampang Pecah (2) SK Bukit Badong (2) SK Convent Sentul (2) (2) SK Desa Petaling (2) SK Desa Tasik (2) SK Kelana Jaya (1) (2) SK Kiaramas (2) SK Kota Warisan (2) SK Pulau Indah (2) (2) SK Seksyen 7 Shah Alam (2) SK Seri Anggerik (2) SK Sungai Buloh (2) SK Sungai Kertas (2) SK Sungai Pusu (2) SK Taman Segar (2) SK Taman Selasih (2) Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah JB (2) SK (1) Jalan Meru (1) SK (2) Jalan Meru (1) SK Alam Megah 3 (1) SK Antara Gapi (1) SK Bandar Baru Selayang (1) SK Bangsar (1) SK Bukit Beruntung (1) SK Bukit Beruntung (2) (1) SK Cochrane Perkasa (1) SK Gombak 1 (1) SK Ijok (1) SK Jalan Sungai Besi 2 (1) SK Jalan U3 Subang Perdana (1) SK Jelai 3 (F) (1) SK Jugra (1) SK Kampung Johan Setia (1) SK Kepong (1) SK La Salle PJ (1) SK PPR Lembah Subang (1) SK Panchang Bedena (1) SK Permatang Damar Laut (1) SK Precint 16 (1) (1) SK Puchong Jaya (2) (1) SK Pusat Bandar Puchong (2) (1) SK Puteri Pandan 1 (1) SK Raja Muda (1) SK Seksyen 6 Shah Alam (1) SK Seri Bahagia (1) SK Seri Nilam (1) SK Seri Perak Bandar Baru Sentul (1) SK Seri Pristana (1) SK Seri Tasek (1) SK Seri Tiram (1) SK Sijangkang Jaya (1) SK Sinaran Budi (1) SK Sri Jelok (1) SK St Anne's Convent (1) SK Sultan Abdul Aziz (1) SK Sungai Merab Luar (1) SK Sungai Tekali (1) SK Taman Alam Megah (1) SK Taman Bukit Maluri (1) SK Taman Bunga Raya 2 (1) SK Taman Melawati (1) SK Taman Prima Selayang (1) SK Taman Putra Perdana (1) SK Taman Seri Gombak 2 (1) SK Taman Sungai Besi Indah (1) SK Tok Muda Kapar (1) SK USJ 2 (1) SK Wangsa Jaya (1) SK Wangsa Maju Seksyen 2 (1) SK Wangsa Maju Zon R10 (1) SR Islam Al Amin (1) SRA Kunci Air Buang (1) SRAI Zahidiah Sungai Buloh (1)

BERSAMA KAMI