PROGRAM MENYEMAI MINAT BELAJAR (SEMAI)


PROGRAM MENYEMAI MINAT BELAJAR (SEMAI)


[ PENGENALAN KURSUS ]

Minat kepada pembelajaran, buku, membaca perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Menurut beberapa pandangan pendidik berpengalaman, minat membaca adalah disebabkan dorongan yang tinggi yang sepatutnya diberikan oleh ibu bapa dan keluarga terdekat mereka. Pada peringkat permulaan persekolahan mereka, minat ini dipupuk dengan sedikit paksaan untuk membaca, tetapi apabila mereka tiba ke peringkat umur yang lebih dewasa, mereka sendiri yang perlu memaksa diri mereka. Jika tidak, membaca akan menjadi perkara yang amat rumit untuk mereka lakukan.

Hasilnya, mereka tidak berminat lagi kepada buku-buku dan bahan bacaan positif lain, sebaliknya mula mencari alternatif kepada setiap masa kosong mereka. Pilihan mereka sudah tentu akan menjurus kepada perkara yang mendatangkan keseronokan dan ia adalah hiburan. Internet, melepak, kafe siber dan pelbagai lagi pilihan lain. Akhirnya generasi yang kini sedang bersekolah lebih berminat untuk menyanyi dan berlakon, menjadi anak seni pentas dan wayang berbanding menjadi intelek atau pakar-pakar akademik mahupun bidang-bidang lain di dalam sosial dan sains.

Kebimbangan ini harus kita fikirkan bersama. Ia akan memberikan kesan jangkamasa panjang kepada generasi muda hari ini. Kami di IQ Class Management dengan ini menawarkan Program Menyemai Minat Belajar atau SEMAI dengan harapan dapat membantu pihak sekolah untuk meningkatkan keberkesanan serta minat belajar pelajar di sekolah. Semoga ia dapat dimanfaatkan.

IQ Class Management
24 Januari 2011


[ MATLAMAT AKHIR KURSUS ]

Program Menyemai Minat Belajar (SEMAI) diharapkan dapat melahirkan peserta-peserta yang bertambah minat mereka terhadap pelajaran serta mengetahui sebab dan kepentingan sebenar untuk memiliki ilmu dan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu, mereka juga diharap akan dapat mengetahui untuk meningkatkan minat belajar.


[ OBJEKTIF KURSUS ]

Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;
  1. Menyemai minat terhadap pelajaran secara khususnya dan ilmu secara umumnya;
  2. Memupuk budaya keilmuan dikalangan pelajar;
  3. Meningkatkan motivasi dalam pembelajaran menjelang tahun berikutnya.


[ BUTIRAN PERLAKSANAAN KURSUS ]

  1. Jangkamasa perlaksanaan: 3 hari 2 malam (masuk hari pertama: 5.00 petang dan tamat hari ketiga: 2.00 petang)
  2. Bentuk aktiviti yang dilaksanakan: Aktiviti ‘in-door’ atau dalam dewan dan tertutup.
  3. Tempat perlaksanaan: Pusat latihan, resort atau hotel.
  4. Bahasa pengantaraan: Bahasa Melayu (utama) dan Bahasa Inggeris
  5. Sasaran penyertaan: Pelajar-pelajar tahun 5, tingkatan 2 dan 4. Atau untuk pelajar tahun peperiksaan, amat sesuai dilaksanakan pada awal tahun.
  6. Bilangan penyertaan: Maksimum 80 orang pelajar.

Bentuk Aktiviti
  1. Taklimat
  2. Solat berjemaah
  3. Pengisian Kerohanian
  4. Perbincangan dan Pembentangan
  5. Latihan Dalam Kumpulan
  6. Ceramah Interaktif
  7. Aktiviti Fizikal

Muat turun kertas kerja ini di sini.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI