PROGRAM MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MEKAR)


PROGRAM MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MEKAR)


[ PENGENALAN KURSUS ]

Gejala sosial yang menular dikalangan remaja hari ini adalah amat membimbangkan. Kita boleh dapati dimana-mana sahaja bahagian kehidupan masyarakat Malaysia, baik di bandar mahupun di luar bandar, sedang menghadapi krisis pembangunan jatidiri remaja yang kini lebih cenderung untuk mengisi masa hidup mereka dengan perkara-perkara dan budaya yang membawa kepada keseronokan dan bermewah-mewahan.

Budaya yang juga dikenali sebagai budaya hendonisme ini merupakan budaya penjajahan yang memerdekakan jasad dan kehidupan kita di Malaysia tetapi masih berkuasa dalam memerintah serta menjajah pemikiran juga budaya hidup kita khususnya anak-anak remaja pada hari ini. Ini tidak bermakna, secara keseluruhannya remaja itu terbabit dalam keadaan ini, tetapi dikhuatiri, jika tiada usaha untuk membangun dan memperingatkan mereka, maka, semakin hari, akan semakin ramailah yang terjebak dalam kancah gejala sosial yang amat membimbangkan kini.

Budaya hidup mereka hari ini menginginkan kehidupan yang bebas, tidak ada pegangan, maka bagi mereka, itulah adalah cara hidup yang ideal. Pemikiran ini akan melahirkan generasi yang tidak lagi berpegang kepada budaya dan adat yang diwarisi dari nenek moyang kita di Malaysia dan lebih malang lagi apabila agama bukan lagi keutamaan dan diasingkan dari cara hidup sebenar mereka.

Atas kepentingan dan keprihatinan kepada perkembangan diri remaja di Malaysia hari ini, kami di IQ Class Management berasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang idea dan pengalaman dalam memastikan generasi muda dan remaja hari ini diberikan peringatan dan nasihat tentang perubahan diri serta persiapan mereka dalam mendepani kehidupan penuh cabaran ini.

Kami persembahkan Program Melangkah Ke Alam Remaja atau MEKAR dengan harapan akan dapat memberikan mereka inspirasi untuk menjadi remaja contoh kepada rakan-rakan mereka. Selain itu, ia juga dapat memberikan amaran awal kepada peserta tentang gejala tidak sihat dan kesannya jika mereka tidak berada dalam keadaan yang baik dan terkawal. Cabaran dan isu semasa juga akan dikongsikan bagi memastikan, pada peringkat akhir penetapan matlamat diri mereka, sentiasa melihat kehadapan dan ingin perubahan yang terbaik dan tepat.


[ MATLAMAT AKHIR KURSUS ]

Program Melangkah Ke Alam Remaja (MEKAR) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini akan dapat melahirkan remaja yang memahami keperluan sebenar kehidupan serta kepentingan untuk menjaga dan memelihara jatidiri sendiri. Mampu bersaing dengan persekitaran yang merosakkan serta menghayati agama sebagai cara hidup yang sebenar.


[ OBJEKTIF KURSUS ]

Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;
  1. Memahami peranan sebenar sebagai seorang remaja;
  2. Meningkatkan kesedaran tentang bahaya gejala sosial;
  3. Mengetahui tentang cabaran persekitaran seorang remaja serta;
  4. Memperbaiki diri menjadi remaja contoh yang terbaik.


[ BUTIRAN PERLAKSANAAN KURSUS ]

  1. Jangkamasa perlaksanaan: 3 hari 2 malam (masuk hari pertama: 5.00 petang dan tamat hari ketiga: 2.00 petang)
  2. Bentuk aktiviti yang dilaksanakan: Aktiviti ‘in-door’ atau dalam dewan dan tertutup.
  3. Tempat perlaksanaan: Pusat latihan, resort atau hotel.
  4. Bahasa pengantaraan: Bahasa Melayu (utama) dan Bahasa Inggeris
  5. Sasaran penyertaan: Remaja berumur 11 (tahun 5) sehingga 17 tahun (tingkatan 5).
  6. Bilangan penyertaan: Maksimum 80 orang peserta.

Bentuk Aktiviti
  1. Taklimat
  2. Solat berjemaah
  3. Pengisian Kerohanian
  4. Perbincangan dan Pembentangan
  5. Latihan Dalam Kumpulan
  6. Ceramah Interaktif
  7. Aktiviti Fizikal




Muat turun kertas kerja cadangan di sini.

Follow by Email

BERSAMA KAMI