MENYEDIAKAN PROGRAM LATIHAN FASILITATOR MUSLIM


MENYEDIAKAN PROGRAM LATIHAN FASILITATOR MUSLIMJustify Full

Program latihan merupakan suatu keperluan dalam menyediakan petugas, pelaksana mahupun tenaga kerja yang memahami peranan serta tanggungjawab mereka selama mereka diberikan amanah untuk melaksana dan menjayakan sesuatu tugasan yang diberikan. Oleh yang demikian, kepentingan program latihan amat dititikberatkan bermula dari tatacara menyediakan sesuatu program latihan itu sendiri.

Semenjak tahun 2007, IQ Class Management telah berusaha untuk membina dan menyediakan sebuah program latihan khas yang melatih fasilitator Muslim dalam memenuhi keperluan-keperluan program latihan diperingkat sekolah dan IPT. Pelbagai aspek yang perlu diberikan perhatian dalam memastikan penyediaan program latihan ini dapat memenuhi objektif serta sasaran asasnya. Oleh yang demikian, bagi memastikan keberjayaannya, maka usaha penyediaan haruslah bermula dengan langkah awal melalui satu proses penganalisaan.


ANALISA KEPERLUAN LATIHAN FASILITATOR MUSLIM

Kerja-kerja penganalisaan harus bermula dengan langkah pertama iaitu melakukan pendefinisian objektif program latihan itu sendiri. Melalui pendefinisian ini, akan dapat memisahkan antara kelompok mahir, separa mahir dan juga yang baru belajar. Malah, ia juga akan memudahkan proses mengenalpasti latarbelakang peserta serta merencana pembelajaran serta bentuk penyampaian sesi latihan.

Penganalisaan ini juga akan membantu penganjur dalam menetapkan tempoh atau jangkamasa perlaksanaan serta perencanaan program latihan susulan atau pelan tindakan yang bersesuaian. Menganjurkan sesebuah program latihan bukan bermakna akan memberikan kefahaman menyeluruh kepada semua peserta, bahkan ia perlu dinilai kerana, kadangkala bentuk penyampaian serta cara faham peserta menyebabkan, ia perlu dilakukan sekali lagi pada tahap perbincangan yang sedikit berbeza.


CIRI-CIRI PROGRAM LATIHAN FASILITATOR MUSLIM YANG EFEKTIF

Oleh kerana, corak penerimaan dan pemahaman peserta amat berbeza, menjadikan bentuk latihan Fasilitator Muslim mestilah berbentuk perancangan yang berterusan. Ini menjadikan mereka tidak hanya berdiam diri dan bersahaja, bahkan sentiasa meningkatkan keupayaan diri dan menjadikan diri mereka semakin baik. Perencanaan yang baik, akan menghasilkan ruang dan peluang latihan yang lebih baik serta mengurangkan pengulangan bahkan dapat menutupi kekurangan sumber-sumber latihan.

Bahagian kedua dalam memastikan latihan ini efektif adalah dengan membentuk sistem data latihan yang terdapat padanya senarai nama, alamat, maklumat perhubungan serta sijil-sijil latihan atau maklumat latihan yang pernah mereka lalui. Ini memudahkan urusan merencana dan melibatkan peserta serta menyediakan keperluan-keperluan latihan yang lain.

Melalui sistem data latihan tadi, peserta dapat dibentukkan mengikut kelompok yang lebih fokus dan perbincangan yang tepat dan sesuai. Program latihan yang berbentuk Islami sebegini sentiasa memandang kehadapan dalam usaha melahirkan lebih ramai dari kalangan peserta yang menampilkan diri sebagai seorang Muslim yang sebenar. Oleh yang demikian, penyampaian maklumat seharusnya mengikut tahap pemahaman dan pencapaian serta melalui proses pentarbiyahan yang baik dan berkesan.

Maka proses itu tadi harus diiringi dengan membuat persiapan yang khusus dari sudut penyediaan bahan latihan semasa serta bahan latihan susulan selepas tamat program latihan. Latihan sebegini akan mudah memberikan kesan pembelajaran melalui pengalaman apabila setiap apa yang diberikan adalah menurut apa yang dibincangkan dan dirancang sebelumnya. Akhirnya, tugas pelaksana program latihan Fasilitator Muslim ini akan melakukan tugas menetapkan jenis-jenis latihan yang ditentukan berdasarkan jangkamasa, tujuan, kawasan perlaksanaan serta sasaran penyertaan.




Muat turun artikel ini di sini.

Follow by Email

BERSAMA KAMI