KURSUS TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN SCOREMAX


KURSUS TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN SCOREMAX


[ PENGENALAN KURSUS ]

Persediaan menghadapi peperiksaan bukan sahaja berkaitan dengan kemampuan serta teknik-teknik berkesan di dalam pembelajaran. Bahkan, ia juga amat berkait rapat dengan teknik-teknik mengeluarkan maklumat serta mengenalpasti masalah di dalam soalan-soalan peperiksaan yang dihadapi oleh pelajar.

Ini merupakan salah satu faktor kejayaan kebanyakan pelajar cemerlang apabila dapat menguasai banyak bentuk soalan serta memahami erti sebenar keperluan pada setiap soalan yang dihadapi di dalam peperiksaan. Tambahan pula, soalan yang digubal bukan sahaja ingin menguji tahap pencapaian dan kemampuan pelajar mengingat fakta, bahkan aplikasi serta pemahaman yang mendalam kepada setiap subjek yang dipelajari.

Oleh yang demikian, kami di IQ Class Management dengan ini ingin menawarkan Kursus Teknik Menjawab Peperiksaan ScoreMax bagi memperkenalkan dan mengetengahkan beberapa orang guru terlatih dan berpengalaman untuk berkongsi tips dan membuat beberapa persiapan positif sebelum para pelajar menghadapi peperiksaan yang sebenar. Semoga pendedahan sebegini akan memberikan natijah yang baik buat pelajar dan ibu bapa yang berminat.

IQ Class Management
Januari 2011


[ MATLAMAT AKHIR KURSUS ]

Kursus Teknik menjawab Peperiksaan ScoreMax menjadi salah satu kursus yang berjaya menarik minat pelajar terhadap pembelajaran mereka serta memaksimumkan markah yang dikutip bagi setiap subjek yang berkenaan. Peserta akan dapat mengurangkan rasa tekanan untuk menghadapi subjek-subjek yang bagi mereka menjadi bebanan di dalam peperiksaan.


[ OBJEKTIF KURSUS ]

Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;
  1. Memberikan pendedahan kepada peserta tentang bentuk kertas peperiksaan;
  2. Membincangkan tips-tips yang sesuai untuk mendepani dan menjawab soalan-soalan serta;
  3. Membuat persiapan akhir sebelum menjelang peperiksaan.


[ BUTIRAN PERLAKSANAAN KURSUS ]

  1. Jangkamasa perlaksanaan: 2 hari tidak bermalam (daftar hari pertama: 7.45 pagi hingga 5.30 petang dan mula hari kedua: 8.30 pagi hingga 5.30 petang)
  2. Bentuk aktiviti yang dilaksanakan: Aktiviti ‘in-door’ atau dalam dewan dan tertutup.
  3. Tempat perlaksanaan: Pusat latihan, resort atau hotel.
  4. Bahasa pengantaraan: Bahasa Melayu (utama) dan Bahasa Inggeris
  5. Sasaran penyertaan: Pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
  6. Bilangan penyertaan: Maksimum 200 orang sahaja.

Subjek Perbincangan UPSR;
  1. Bahasa Inggeris
  2. Matematik
  3. Bahasa Malaysia
  4. Sains
  5. Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Subjek Perbincangan PMR;

  1. Bahasa Inggeris
  2. Sejarah
  3. Matemaik
  4. Bahasa Malaysia
  5. Geografi
  6. Sains

Subjek Perbincangan SPM;

  1. Fizik
  2. Kimia
  3. Matematik Tambahan
  4. Biologi

Selain dari subjek ini, tertakluk kepada perbincangan.

Muat turun kertas kerja ini di sini.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI