KURSUS BINA INSAN


KURSUS BINA INSAN


[ PENGENALAN KURSUS ]

Penciptaan manusia merupakan sejarah terbesar yang wajib dan perlu diketahui oleh setiap mereka yang bernama insan. Ia merupakan sebahagian daripada keperluan dalam usaha mengenali yang Maha Pencipta. Melahirkan seorang insan yang terbaik harus bermula dengan tunjangan utama iaitu Iman mereka. Menanamkan kepercayaan tauhid yang akhirnya melahirkan insan yang mengamalkan Islam dan bersifat Ihsan.

Pembinaan insan merupakan perkara yang perlu diberikan keutamaan dalam memastikan terbinanya keluarga, masyarakat dan negara. Seseorang insan perlu membangunkan pelbagai aspek diri termasuk, fizikal, intelektual, sosial dan emosi dan ia haruslah dipagari dan kukuhkan dengan kerohanian yang berpaksikan keesaan Allah s.w.t.

Menyingkap suasana serta corak kehidupan manusia hari ini, peribadi manusia seolah-olah sudah hilang kecerdasan dari sudut emosi dankerohanian mereka. Segala tindakan mereka hanyalah berpaksikan nafsu dan akal semata-mata. Hati mereka mati dan ini menyebabkan setiap justifikasi mereka tidak lagi terpaut kepada kerohanian yang mantap. Hasilnya, Al-Quran ditinggalkan dan Sunnah ditertawakan.

Justeru, Program Bina Insan merupakan sebuah modul yang dibangunkan bagi membantu proses pembinaan diri insan secara holistik. Ia bukanlah satu cara menyelesaikan masalah khususnya dalam suasana perkembangan gejala dalam masyarakat hari ini, namun kami berharap ia adalah sebagai sebahagian dri usaha memberikan kesedaran dan peringatan mengenai kepentingan hidup bertuhankan Allah Yang Esa.

Perlaksanaan Program Bina Insan ini diharapkan dapat membentuk sikap yang positif pada diri peserta bahkan mampu menjadi pencetus kepada pembinaan generasi melalui keluarga yang sihat serta masyarakat yang cemerlang.


[ MATLAMAT AKHIR KURSUS ]

Program Bina Insan mengetengahkan beberapa pendekatan berhubung pembinaan diri manusia yang perlu kembali kepada pendekatan keagamaan dalam aspek kecemerlangan kehidupan. Justeru, dengan terlaksanannya program ini, akan dapat melahirkan insan yang memahami peranan serta tanggungjawab sebenar sebagai manusia di muka bumi ini. Mempunyai kefahaman yang jelas tentang kehidupan serta amanah yang dipikulkan di atas bahu mereka.


[ OBJEKTIF KURSUS ]

Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;
  1. Memahami makna insanjuga mengetahui peranan insan;
  2. Mempelajari proses pembinaan insan;
  3. Mengetahui kepentingan ilmu dalam pembinaan insan serta;
  4. Menerapkan nilai insan dalam setiap sudut kehidupan.


[ BUTIRAN PERLAKSANAAN KURSUS ]

  1. Jangkamasa perlaksanaan: 3 hari 2 malam (masuk hari pertama: 2.00 petang dan tamat hari ketiga: 12.00 tengahari)
  2. Bentuk aktiviti yang dilaksanakan: Aktiviti ‘in-door’ atau dalam dewan dan tertutup.
  3. Tempat perlaksanaan: Pusat latihan, resort atau hotel.
  4. Bahasa pengantaraan: Bahasa Melayu (utama) dan Bahasa Inggeris.
  5. Sasaran penyertaan: Mana-mana pelajar diperingkat IPT atau belia dipelbagai peringkat.
  6. Bilangan penyertaan: Maksimum 40 orang atau minimum 25 orang.

Bentuk Aktiviti:
  1. Taklimat
  2. Perbincangan Dalam Kumpulan
  3. Pembentangan Kumpulan
  4. Aktiviti Kerohanian
  5. Ceramah Pendek
  6. Permainan bermodul

Sila muat turun kertas kerja ini di sini.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI