KOLEJ MULTIMEDIA

Gambar Hiasan


26 Januari 2011 bersamaan 21 Safar 1432. Kolej Multimedia Jalan Semarak. Kami tiba dilokasi agak lewat dengan pergerakan dari Shah Alam. Alhamdulillah, ketibaan kami tidak lewat kerana sesi yang berlangsung sebelum kami juga belum selesai. Kami disambut oleh Encik Abdul Syukur yang juga merupakan pensyarah di sana.

Ceramah yang hanya memakan masa satu jam dimulakan oleh Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini dengan membincangkan tentang bagaimana untuk pelajar di IPT dapat memajukan diri atas daya motivasi yang ada di dalam diri. Perbincangan akhirnya tamat pada jam 1.15 petang dan kami diiringi oleh Encik Morgan yang merupakan pelopor kepada kolej itu sendiri.

Banyak yang kami sembangkan ketika makan bersama dan apa yang utama bagi kami adalah semangat dan keutamaan yang diberikan dalam urusan tugas dan amanah bukanlah semata-mata gaji atau ganjaran sebaliknya kepuasan dalam menyumbang kepada masyarakat.

Terima kasih kami kepada Encik Abdul Syukur dan Encik Morgan yang menyambut dan mengalu-alukan kedatangan kami. Semoga mendapat keberkatan Ilahi dalam usaha membangunkan generasi masa depan.

Catatan Popular