19 JANUARI 2011, SK SIMPANG LIMA


19 Januari 2011 bersamaan 14 Safar 1432. SK Simpang Lima, Sungai Besar. Tahun 2010, IQCM telah sampai ke sekolah ini. Namun, ketika itu, Encik Mohd Huzaimi Mohd Zaini yang hadir selaku penceramah untuk ceramah bertajuk Motivasi CINTA. Tahun 2011, pihak sekolah, alhamdulillah masih memberikan kepercayaan untuk menjemput kami ke sana.

Encik Kamarul Azami Mohd Zaini kali ini diberikan amanah untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Motivasi CINTA. Terkesan dari ceramah pada tahun 2010, Cikgu Sayanim berkata, ceramah ini diharapkan akan dapat menjadi momentum untuk melakukan perubahan dan meningkatkan pencapaian akademik SK Simpang Lima. Namun, kami bagi pihak IQCM khususnya penceramah, Encik Kamarul Azami Mohd Zaini memohon maaf kerana kehadiran penceramah yang baru pulih dari demam sedikit memberi kesan kepada corak pencapaian ceramahnya.

Walaubagaimanapun kami mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah yang sekali sudi menjemput kami ke SK Simpang Lima untuk 2 sesi ceramah iaitu sesi pertama untuk pelajar tahun 6 dan yang kedua untuk pelajar tahun 4 dan 5. Sekian.

Catatan Popular