PENGURUS VS PEMIMPIN


PENGURUS VS PEMIMPIN


Penglibatan diri di dalam organisasi merupakan suatu pendedahan kepada beberapa bentuk pembinaan diri khususnya dari sudut komunikasi dan sosial. Keperluan latihan berterusan begini membolehkan seseorang yang terlibat itu meningkatkan kematangan di dalam soal membuat keputusan, menjadi contoh serta membentuk kepercayaan dan keyakinan pasukan.

Terdapat pelbagai pandangan di dalam membina keberkesanan di dalam kerja berpasukan atau organisasi. Antara elemen yang penting di dalam organisasi adalah ketua mereka. Ketua ini boleh dikenali di dalam dua bentuk iaitu ketua sebagai pengurus atau ketua sebagai pemimpin. Semua pemimpin boleh menjadi pengurus tetapi tidak semua pengurus boleh menjadi pemimpin. Mengapa begitu?

Ketua yang terbaik akan mampu memberikan kesan yang terbaik juga kepada orang-orang yang dipimpinnya. Maka kemahiran berorganisasi ini memerlukan keupayaan mengurus, merencana, mempengaruhi dan memberikan bimbingan. Keupayaan pastinya tidak dipunyai oleh seorang pengurus tetapi terdapat kepada seorang pemimpin. Terdapat 5 perbezaan yang dapat kita bincangkan antara siapa itu pengurus dan siapa itu pemimpin.


PERTAMA; KOMUNIKASI

Seorang ketua akan menggunakan bentuk komunikasi sehala dan paling minima. Mereka lebih mudah memberikan arahan berbanding perbincangan yang merupakan pendekatan yang digunakan oleh seorang pemimpin. Kurangnya komunikasi juga menjadikan perlaksanaan sesuatu pekerjaan itu tiada kesepakatan serta tidak bersama-sama. Komunikasi yang berkesan oleh seorang pemimpin pula akan mampu menjana rasa bersama mereka yang dipimpin dan memudahkan perhubungan di dalam sesuatu organisasi.


KEDUA; KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN

Seorang pemimpin akan sentiasa mementingkan keikhlasan dan kejujuran di dalam melaksanakan tugas bersama. Pengurus pula lebih mudah untuk melaksanakan sesuatu atas dasar tugas semata-mata dan tidak mementingkan soal perasaan serta keutamaan kejujuran di dalam tindakan mereka. Kadangkala, seorang pengurus lebih mementingkan kejayaan peribadi berbanding memikirkan kebajikan orang dibawahnya berbanding seorang pemimpin yang sentiasa melebihkan orang yang dipimpinnya berbanding dirinya sendiri.


KETIGA; INISIATIF

Pengurus seringkali mengharapkan orang bawahan mereka untuk melakukan kerja lebih daripada kemampuan mereka tetapi mereka sendiri sering ingin melepaskan diri. Ada juga dikalangan mereka yang hanya menunggu arahan dari orang atasan tanpa bersikap proaktif dalam mendepani permasalahan yang ada. Prinsip bagi seorang pemimpin adalah melakukan apa yang termampu dalam diri mereka. Bukanlah semata-mata melakukan apa yang disuruh atau memenuhi semua permintaan tanpa memikirkan keupayaan pasukannya. Selalu bersikap proaktif menangani sebarang masalah dan halangan dalam tugasan yang diberikan.


KEEMPAT; BERSEMANGAT

Bagi seorang pemimpin, mereka melakukan tugasan mereka dalam keadaan yang sentiasa bersungguh-sungguh. Bukan hanya tatkala ada orang yang memerhatikan mereka. Pemimpin sentiasa menjadikan kerja atau tugasan itu bersama dan amanah yang mesti dilaksanakan dalam cara yang paling baik. Berbeza pula keadaannya dengan seorang pengurus, keutamaannya adalah memastikan orang atasan atau sesiapa sahaja yang melihat mereka bekerja berpuashati dan menerima pujian. Semangat mereka adalah terhadap pujian dan balasan yang diterima bukan pada kesungguhan melaksanakan amanah.


KELIMA; MEMBIMBING

Perbezaan yang paling ketara antara keduanya adalah dari sudut membimbing orang bawahannya. Bagi seorang pengurus, hanya perintah atau suruhan sahaja yang ada di dalam kamus berorganisasinya berbanding seorang pemimpin yang sentiasa melihat orang dibawahnya harus dipimpin dan diberikan peluang untuk berkembang dan memperbaiki diri. Keutamaan dalam membimbing ini akan menghasilkan pekerja yang sentiasa positif terhadap tugas dan peranan mereka. Jika dibandingkan dengan mereka yang hanya disuruh dan tidak dibimbing bahkan sentiasa dimarahi.

Perbincangan ini bukan bermakna ia adalah semestinya sebagaimana yang telah dicatatkan. Ini adalah suatu pandangan dimana, pemimpin seharusnya mempunyai ciri-ciri sebagaimana yang dibincangkan. Tidak kiralah dimana sekalipun kita diamanahkan sebagai ketua, baik di dalam syarikat, jabatan kerajaan mahupun organisasi bukan kerajaan. Menjadi pemimpin bermakna menjadi manusia yang memberikan manfaat kepada orang lain, maka, setinggi-tinggi darjatnya di sisi Allah s.w.t.

Marilah bersama kita menilai diri kita adakah kita ini hanyalah seorang pengurus atau pemimpin atau berada dalam konteks antara keduanya. Jika anda adalah orang yang berada diantara keduanya, bermakna, kita masih berada dalam posisi mementingkan diri sendiri dalam setiap tindak tanduk kita. Berwaspadalah kerana masyarakat kita memerlukan lebih ramai pemimpin berbanding pengurus. Bagaimana anda di rumah pula?





Muat turun artikel ini di sini.

Tiada ulasan:

PELANGGAN SEKOLAH RENDAH

SK Sungai Serdang (18) SK Assam Jawa (11) SK Bandar Baru Bangi (8) SK Seksyen 11 Kota Damansara (8) SK Serdang (8) SK Petaling 2 (7) SK Taman Puteri (7) SK Batu 4 (1) Jalan Ipoh (6) SK Dengkil (6) SK Serendah (6) SK Taman Putra Perdana 2 (6) SK Convent Jalan Peel (5) SK Simpang Lima Sungai Besar (5) SK Taman Maluri (5) SK Tun Hussein Onn (5) SK Convent Sentul (1) (4) SK Gombak Setia (4) SK Kelana Jaya (2) (4) SK Lubok Kelubi (4) SK Methodist (P) Klang (4) SK Methodist PJ (4) SK Seksyen 27 (1) Shah Alam (4) SK Taman Sungai Besi Indah (4) SK Bandar Baru Sri Damansara (3) SK Bandar Sri Damansara 3 (3) SK Dusun Tua (3) SK Klang (3) SK Padang Tembak 2 (3) SK Parit Enam (3) SK Rasa (3) SK Sri Serdang (3) SK Sungai Burong (3) SK Sungai Kertas (3) SK Taman Klang Jaya (3) SK Taman Universiti Seri Kembangan (3) SK Ampang Pecah (2) SK Bukit Badong (2) SK Convent Sentul (2) (2) SK Desa Petaling (2) SK Desa Tasik (2) SK Kelana Jaya (1) (2) SK Kiaramas (2) SK Kota Warisan (2) SK Pulau Indah (2) (2) SK Puteri Pandan 1 (2) SK Seksyen 7 Shah Alam (2) SK Seri Anggerik (2) SK Sungai Buloh (2) SK Sungai Pusu (2) SK Taman Segar (2) SK Taman Selasih (2) SK USJ 2 (2) Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah JB (2) SK (1) Jalan Meru (1) SK (2) Jalan Meru (1) SK Alam Megah 3 (1) SK Antara Gapi (1) SK Bandar Baru Selayang (1) SK Bangsar (1) SK Bukit Beruntung (1) SK Bukit Beruntung (2) (1) SK Cochrane Perkasa (1) SK Dato' Abu Bakar Baginda (1) SK Gombak 1 (1) SK Ijok (1) SK Jalan Sungai Besi 2 (1) SK Jalan U3 Subang Perdana (1) SK Jelai 3 (F) (1) SK Jugra (1) SK Kampung Johan Setia (1) SK Kepong (1) SK La Salle PJ (1) SK PPR Lembah Subang (1) SK Panchang Bedena (1) SK Permatang Damar Laut (1) SK Precint 16 (1) (1) SK Puchong Jaya (2) (1) SK Pusat Bandar Puchong (2) (1) SK Raja Muda (1) SK Seksyen 6 Shah Alam (1) SK Seri Bahagia (1) SK Seri Nilam (1) SK Seri Perak Bandar Baru Sentul (1) SK Seri Pristana (1) SK Seri Tasek (1) SK Seri Tiram (1) SK Sijangkang Jaya (1) SK Sinaran Budi (1) SK Sri Jelok (1) SK St Anne's Convent (1) SK Sultan Abdul Aziz (1) SK Sungai Merab Luar (1) SK Sungai Tekali (1) SK Taman Alam Megah (1) SK Taman Bukit Maluri (1) SK Taman Bunga Raya 2 (1) SK Taman Melawati (1) SK Taman Prima Selayang (1) SK Taman Putra Perdana (1) SK Taman Seri Gombak 2 (1) SK Tok Muda Kapar (1) SK Wangsa Jaya (1) SK Wangsa Maju Seksyen 2 (1) SK Wangsa Maju Zon R10 (1) SR Islam Al Amin (1) SRA Kunci Air Buang (1) SRAI Zahidiah Sungai Buloh (1)

BERSAMA KAMI