KURSUS KEPIMPINAN ISLAM



KURSUS KEPIMPINAN ISLAM
(TAWARAN TAHUN 2011)

PENGENALAN

Kepimpinan merupakan satu agenda penting dalam menjana dan membina sesebuah organisasi yang besar mahupun yang kecil. Baik ianya sebuah badan kerajaan, swasta mahupun organisasi bukan kerajaan, ia memerlukan satu bentuk pemahaman dan pembentukan bagi memastikan kesinambungan matlamat dan perjuangan selari dan mencapai hasrat dan wawasan besar bersama.

Apabila disebut kepimpinan, maka akan terbayanglah dikotak pemikiran kita bahawa, ia merupakan satu kemahiran yang dibentuk dari falsafah, pengalaman serta pengetahuan yang luas dalam berorganisasi. Kepimpinan bukan sahaja disebabkan oleh ketua, malah pengikut dan situasi mereka. Pelbagai pengalaman dan pengajaran yang dapat kita garap hasil dari tindakan kepimpinan dari sejarah lampau. Sebahagiannya datang dari negara-negara maju hari ini dan sebahagiannya datang dari sejarah penceritaan khususnya dari kisah para nabi dan sahabat-sahabat Baginda s.a.w.

Maka, Kursus Kepimpinan Islam atau KKI ini dibentuk selari dengan keperluan kepimpinan di dalam organisasi. Apa yang baiknya ialah, kursus ini mengupas persepsi kita semua tentang daya kepimpinan tetapi dari dimensi Islam yang mana dari segi sejarahnya banyak merungkai dan membuka mata manusia bahawa, hasil pegangan berasaskan Islam adalah yang terbaik dan sempurna termasuklah Kepimpinan Islam. Oleh yang demikian, diharapkan, melalui kursus ini, peserta akan dapat merasai bebanan sebenar sebagai pemimpin yang sering kita dengan ungkapan ‘Pemimpin Adalah Pekerja Untuk Rakyat’.



BUTIRAN PERLAKSANAAN KURSUS

  • Jangkamasa perlaksanaan: 4 hari 3 malam (masuk hari pertama: 2.00 petang dan tamat hari keempat: 12.00 tengahari)
  • Bentuk aktiviti yang dilaksanakan: Aktiviti ‘in-door’ atau dalam dewan dan tertutup.
  • Tempat perlaksanaan: Pusat latihan, resort atau hotel.
  • Bahasa pengantaraan: Bahasa Melayu (utama) dan Bahasa Inggeris
  • Sasaran penyertaan: Kakitangan berjawatan serta ketua-ketua unit atau pentadbiran di dalam organisasi.
  • Bilangan penyertaan: 40 orang atau kurang.


PELAN PEMBELAJARAN KURSUS

Slot 1 : Taklimat dan Objektif Kursus Kepimpinan Islam (KKI) dan Suaikenal

Slot 2 : Mengenali Kepimpinan Melalui Konsep Hamba dan Khalifah
Memahami makna Hamba dan Khalifah;
Perkaitan Hamba, Khalifah dan Kepimpinan;
Nilai diri Pemimpin dari sudut pandangan Islam
Tugas sebagai pendakwah

Slot 3 : Ciri Kepimpinan Islam Melalui Komunikasi dan Interaksi Organisasi Berkesan
Makna komunikasi berkesan
Makna interaksi organisasi berkesan;
Komunikasi insaniah;

Slot 4 : Sesi Bengkel Komunikasi dan Interaksi Organisasi Berkesan

Slot 5 : Teori Kepimpinan Islam 1 (Kualiti Dalam Membina Pasukan)
Amal Jamai’e (Teamwork)
Islah (Eager To Learn)
Matlamat Yang Jelas (Ambitious)
Pengurusan Yang Benar (Management)

Slot 6 : Teori Kepimpinan Islam 2 (Prinsip Asas Kepimpinan Islam)
Amalan Syura
Bersifat Adil dan Saksama
Memiliki Kebebasan Dalam Memberi Pendapat (Terbuka)

Slot 7 : Memahami Konteks Kecemerlangan Organisasi Dalam Kepimpinan Islam
Memahami Konsep Kecemerlangan Dalam Islam
Memahami Konsep Perubahan Dalam Islam
Tatacara membentuk dan membina organisasi cemerlang berlandaskan konsep kepimpinan yang Islami

Slot 8 : Sesi Bengkel Kecemerlangan Organisasi

Slot 9 : Teori Kepimpinan Islam 3 (Meneladani Kepimpinan)
Komunikasi (Communication)
Kejujuran (Honest)
Pemula Tindakan (Initiator)
Bertenaga (Energetic)
Sedia membantu (Facilitate)

Slot 10 : Teori Kepimpinan Islam 4 (Karektor Pemimpin Islami)
Setia (Wala’)
Matlamat Islami (Global)
Akhlak Islam
Reputasi Kepimpinan (Thiqah)
Tanzim (Peraturan)

Slot 11 : Muhasabah Kepimpinan Islami
Menilai peranan diri
Merencana tindakan pada selepas tamat kursus


Muat turun kertas kerja cadangan di sini.


Follow by Email

BERSAMA KAMI