BELAJAR S.M.A.R.T


Pembelajaran perlu diberikan perhatian oleh semua pihak khususnya ibu bapa yang sedang bersama berusaha membesarkan anak-anak mereka. Ini tidak bermakna, untuk mereka yang dewasa untuk melupakan dunia pembelajaran mereka. Cuma, dalam menyediakan diri untuk belajar, ramai dikalangan pelajar gagal memberikan tumpuan memastikan pembelajaran mereka itu berkesan dan memberikan impak yang maksimum.

Belajar S.M.A.R.T membawa satu pendekatan dimana pelajar bukan sahaja menyediakan diri dari sudut fizikal mereka, bahkan mental dan emosi dalam memastikan diri mereka bersedia sebelum belajar dan mendapat impak maksimum selepas belajar. Belajar S.M.A.R.T yang diperkenalkan IQ Class Management ini mengandungi 5 elemen penting dalam merencana dan mempersiap diri untuk belajar.


S – Strategic Planning
Pemikiran strategik dalam merencana pelan kejayaan masa hadapan (Bina Matlamat)

Pelajar perlu mempunyai pandangan serta matlamat yang jelas ke mana masa belajar itu dihabiskan dan apa yang sepatutnya mereka perolehi dari masa yang digunakan. Ia juga berkaitan dengan persiapan sebelum memulakan pembelajaran. Kadangkala kerap kita melihat mereka yang memulakan pembelajaran tidak cukup alatan atau buku rujukan yang tertinggal.


M – Mind Setting

Fokus kepada apa yang dicitakan serta cabaran untuk mencapainya (Bina Kekuatan)

Apabila telah jelas apa yang ingin dicapai dan persiapan yang baik, datang usaha untuk mengekalkan usaha kearah mencapai matlamat tersebut. Ini yang disebutkan 'istiqamah'. Usaha ini amat sukar kerana sebagai pelajar, tentu banyak perubahan disebabkan gangguan-gangguan yang berada dipersekitaran mereka. tetapi ia tidak mustahil jika kita benar-benar ikhlas untuk mencapai apa yang ditujui tadi. Ada caranya.


A – Attitude Change

Memahami peranan ilmu dan kepentingan memilikinya (Bina Sikap)

Sikap terhadap ilmu adalah punca sebenar penghalang kepada kejayaan pelajar. Kejayaan yang dibincangkan bukan sekadar mengumpul A, bahkan tentang perkembangan kehidupan mereka pada masa akan datang.


R – Read, Record, Repeat (Studyskill)
Menggunakan teknik yang berkesan dalam pelajaran (Bina Kemahiran)

Sudah tentu, teknik juga perlu betul dan tepat. Ada 3 proses penting dalam pembelajaran khususnya di sekolah atau universiti iaitu kemahiran membaca, menyimpan maklumat atau nota dan kemahiran mengeluarkan semula input-input tadi.


T – Time Management
Masa adalah emas. Membincangkan tentang aspek penting dalam membina kejayaan iaitu pengurusan masa. (Bina Kemahiran)

Sesuai dengan firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Asr yang menunjukkan kepentingan masa apabila Allah s.w.t. bersumpah dengan masa. Begitu juga dengan kecemerlangan dan kejayaan, ia ada berkaitan dengan faktor masa, sebelum berjaya, semasa berjaya dan selepas berjaya.


Ini adalah modul yang dibangunkan bersama beberapa modul sokongan lain bagi memastikan pembelajaran yang berkesan serta sistemik dan sistematik. Moga ia dapat membantu anda dalam merencana corak pembelajaran yang sesuai. Boleh muat turun slaid Isi Kandungan Modul Belajar S.M.A.R.T di sini.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI