KEM MOTIVASI DIRI DAN JATIDIRI REMAJA


KEM MOTIVASI DIRI DAN JATIDIRI REMAJA

Remaja merupakan satu peringkat umur dimana ia melalui proses kematangan bermula dari akhir kanak-kanak sehinggalah sebelum belia atau dewasa. Zakiah Darajad mendefinisikan remaja adalah masa peralihan, yang ditempuh oleh seseorang dari anak-anak menuju dewasa, meliputi semua perkembangan yang dialami sebagai persiapan memasuki masa dewasa (Zakiah Darajad, Remaja Harapan dan Tantangan, (Jakarta:Ruhana, 1995)). Kebiasaannya, mereka ini digolongkan dalam kelompok berumur diantara 13 sehingga ke 19 tahun. Mereka merupakan generasi muda yang merupakan aset penting bagi sesebuah negara. Melalui remaja, ibu bapa mula mencorakkan mereka sesuai nilai-nilai yang dipegang di dalam sesebuah keluargan. Bagi sekolah mahupun institusi pendidikan, remaja adalah kelompok yang perlu dicorak sesuai dengan kehendak dan aspirasi yang ditiupkan oleh dasar-dasar kerajaan melalui pembabitan golongan pendidik seperti guru dan sebagainya.

Namun, dalam kebanjiran dan lambakan gejala sosial yang wujud pada hari ini, remaja menjadi sebuah agenda utama dalam masyarakat dek kerana kerosakan yang mula wujud di dalamnya. Ini menjadikan, remaja-remaja mula dibentuk dengan nilai dan aspirasi yang bertentangan atau tidak sesuai dengan kehendak dan aspirasi yang dibangunkan oleh ibu bapa, guru-guru serta negara itu sendiri. Sesuai dengan pendapat seorang ahli psikologi bahawa remaja adalah sebagai masa penuh kegoncangan, taraf mencari identiti diri dan merupakan jangkamasa yang paling berat (E. B. Hurlock, Psikologi Perkembangan Edisi ke-5, (Jakarta:Erlangga, 1993)). Inilah yang menjadi kerisauan atau punca kepada timbulnya pelbagai idea untuk menjalankan serta mewujudkan pelbagai cara bagi mendepani isu ini yang saban hari semakin sukar untuk difikirkan.

Sehubungan dengan itu, atas dasar keprihatinan dan rasa bertanggungjawab, kami di IQ Class Management ingin menawarkan sebuah program yang bertujuan untuk mendasari dan memberikan kefahaman semula kepada remaja mengenai peranan, tanggungjawab serta fokus yang perlu diberikan oleh remaja di dalam kehidupan mereka. Kem Motivasi Dan Jatidiri Remaja atau lebih dikenali sebagai KeMbaRa merupakan sebuah produk yang mengetengahkan beberapa konsep latihan sebagai pendekatan yang digunakan. Semoga, usaha yang sedikit ini mendapat bantuan daripada Allah dan diberikan kemudahan dan keberkatan dalam perlaksanaannya akan datang.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI