MAJLIS SUKAN NEGARA


31 Julai 2010, Bukit Jalil - IQCM tiba di MSN pada 30 Julai 2010 dan menginap di CASA 2 Majlis Sukan Negara. Asarama yang disediakan baik dan kami sempat menggunakan kemudahan ini untuk membuat persiapan PeACe pada keesokan harinya.

Jam 8.00 pagi, peserta sudah mula memenuhi ruang pendaftaran program. Sesi bermula dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis Ustaz Dahlan dan kemudiannya diserahkan kepada Encik Kamarul Azami. Program berlangsung dengan 3 sesi LDK serta 1 sesi resolusi bersama ibu bapa peserta. Alhamdulillah, respon ibu bapa amat menggalakkan dan ini seharusnya diteruskan.

Ucapan penutupan oleh Pengerusi Kelab MSN mengharapkan agar IQ Class Management dapat melaksanakan beberapa program susulan bagi bersama membantu peningkatan pencapaian anak-anak kakitangan MSN ini. Beliau berharap, Kelab MSN dapat melaksanakan program atau kursus berbentuk keibubapaan dan kem motivasi 3 hari 2 malam bersama IQ Class Management.

Kami di IQCM bersedia untuk membantu dan sentiasa mengharapkan keredhaan dari Allah dalam apa jua tugas yang diamanahkan kepada kami.

Catatan Popular