KOMPLEKS SRI BINTANG

Gambar Hiasan


29 Julai 2010, Taman Shamelin, Cheras - Kehadiran Encik Kamarul Azami disambut guru-guru atau lebih tepatnya warden di surau Kompleks Sri Bintang. Ceramah dimulakan dengan istighfar dan diikuti dengan beberapa pesanan awal.

Ceramah dimulakan pada jam 8.30 malam. Keadaan tampak selesa dengan suasana yang aman di tengah-tengah hiruk-pikuk kota. Alhamdulillah penyampaian yang lancar dan peserta nampaknya dapat menerima dengan baik apa yang diperkatakan penceramah. Tajuk ceramah pada malam itu ialah Menjadi Pelajar yang SMART. 5 Asas yang dikongsikan bersama peserta iaitu strategi, fokus minda, sikap, risiko dan pengurusan masa.

Alhamdulillah, sesi tamat jam 10.00 malam dengan solat Isyak berjemaah dan minum malam. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.

Catatan Popular