SK KOTA WARISAN; KALI KEDUA


21 Julai 2010, Kota Warisan, Sepang - Kali kedua, IQ Class Management tiba di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan. Tetapi, agenda kali ini sedikit berbeza. Sasaran yang bersama kami di dalam ceramah kali ini adalah pelajar-pelajar tahun 5. Tajuk ceramah yang dipilih oleh pihak sekolah adalah Motivasi CINTA. Sebagaimana sebelumnya, rata-rata peserta menunjukkan komitmen dan respon yang baik sepanjang ceramah.

Penceramah, Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini melakukan tugasnya sebaik mungkin bagi memastikan apa sahaja yang disampaikan memberikan kesan yang semaksimum mungkin. IQ Class Management akan sekali ke SK Kota Warisan pada 28 Julai 2010 untuk bersama dengan pelajar-pelajar tahun 4 pula. Akan datang, Encik Mohd Huzaimi pula diberikan amanah untuk menyampaikan ceramah yang sama. Terima kasih kepada Cikgu Rozana yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan tugas ini.




Kuala Selangor
25 Julai 2010

Catatan Popular