SK BUKIT BERUNTUNG


12 Julai 2010, Bukit Beruntung - Seawal jam 7.45 pagi, Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah tiba diperkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung. Tujuan kami kali ini adalah untuk sesi ceramah selama 2 jam bersama pelajar tahun 5 di sana.

Ceramah yang bertajuk Motivasi CINTA disampaikan dengan baik dan berkesan. Sebilangan besar dari peserta menitiskan airmata tanda prihatin, kasih dan cinta mereka terhadap guru-guru, rakan-rakan dan yang paling utama adalah ibu bapa mereka. Ceramah dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Menurut Cikgu Fauzi, kebanyakan pelajar yang terkesan dengan ceramah yang disampaikan adalah dikalangan pelajar yang tidak mempunyai banyak permasalahan dalam persekolahan mereka.

Timbul persoalan dibenak fikiran kami, apa agaknya sebab keadaan ini berlaku adakah kami dapat lakukannya dengan lebih baik selepas ini?




Kuala Selangor
17 Julai 2010

Catatan Popular