SK ASSAM JAWA; SIRI 4


Justify Full13 Julai 2010, Assam Jawa Kuala Selangor - Siri ke 4 program bersama IQ Class Management di Sekolah Kebangsaan Assam Jawa berlangsung dengan jayanya. Peserta yang hadri merupakan anak-anak penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor. Mereka terdiri dari pelajar-pelajar tahun 1 hingga 6. Sesi pagi, bermula jam 8.00 pagi, bersama pelajar tahap 2.

Peserta diajak berbincang mengenai Motivasi CINTA yang disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management. Sesi yang berlangsung sehingga waktu rehat jam 10.30 pagi memperlihatkan titisan airmata mereka berlinangan terkenangkan kesusahan yang dihadapi oleh ibu bapa mereka. Sebelum berpisah, peserta diingatkan bahawa ini adalah sesi yang terakhir dan mengharapkan agar setiap titisan airmata itu digantikan dengan perubahan sikap pelajar dan pencapaian cemerlang dalam akademik mereka.

Tepat jam 10.30 pagi, belum pun sempat rehat, peserta tahap satu sudah mula berkumpul bagi meneruskan sesi berikutnya sehingga jam 12.50 tengahari. Pelajar diperingatkan tentang motivasi diri dan tidak berhenti mencuba. Antara permainan yang dimainkan peserta adalah 'puzzle', bongkah kayu dan 'lego'. Sesi ini dibantu juga oleh FaDelaT Shafika Adila dan Perunding Latihan dan Motivasi Johari. Peserta kemudiannya bersurai dan pelajar tahun 3 diberikan nasihat bahawa mereka akan meningkat usia ke umur 10 tahun, jadi sikap, cara fikir dan belajar mereka perlu berubah.




Kuala Selangor
17 Julai 2010

Catatan Popular