SK AMPANG PECAH; KEPIMPINAN MUDA


7 Julai 2010, SK Ampang Pecah, Hulu Selangor - IQ Class Management meneruskan Kursus Kepimpinan Muda atau lebih dikenali dengan KeMuda. Modul yang telah dibangunkan lebih dari 2 tahun ini semakin mendapat sambutan dari kalangan pendidik di sekolah kebangsaan.

Bermula pada jam 8.00 pagi, sesi diketuai oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management dan dibantu dengan fasilitator terlatih kami yang juga dikenali sebagai FaDelaT. Seperti biasa, sesi dijalankan mengikut aturan sebagaimana biasa. Komitmen peserta tinggi, walaupun agak 'nakal'. Namun segalanya itu adalah hiburan buat kami.

Ada juga sebahagian dari mereka yang nampak begitu berbakat dan bersungguh dengan daya kepimpinan mereka. Antara fasilitator yang turut membantu adalah Shafika Adila (Pika), Siti Nor Dalila (Dyll), Adri Khushairi (Ad), Mokhtar dan Nor Firdaus (Nor). Tidak lupa juga pembantu kanan iaitu Zaki yang juga Perunding Latihan dan Motivasi IQ Class Management. Semoga adik-adik pemimpin di SK Ampang Pecah lahir sebagai pemimpin yang berkalibaer pada masa akan datang.

Terima kasih.



Kuala Selangor
11 Julai 2010

Catatan Popular