SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA WARISAN

Gambar Hiasan

18 Julai 2010, Kota Warisan Sepang
- IQ Class Management telah dijemput bagi mengisi slot ceramah Ibu Bapa Sebagai Motivasi di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang. Slot ceramah yang bermula pada jam 9.30 pagi dihadiri oleh barisan ibu bapa dan penjaga anak-anak tahun 6 yang belajar di sekolah tersebut.

Perkongsian dalam bentuk ceramah yang disampaikan oleh Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini memakan masa hampir 1 jam. Ia melibatkan perbincangan konsep P.A.R.E.N.T yang cuba diketengahkan oleh IQ Class Management. Selesai, ceramah, IQ Class Management dipelawa untuk menjamu selera.

Pada saat, program ini berlangsung dengan komitmen guru-guru yang datang ke sekolah pada hari Ahad (cuti am), amat mengharukan apabila kehadiran ibu bapa dan penjaga pula tidak begitu memberangsangkan. Kami di IQ Class Management mengucapkan tahniah kepada barisan guru-guru di SK Kota Warisan walaubagaimanapun, para ibu bapa dan penjaga disarankan untuk celikkan mata anda.

Adakah komitmen untuk kejayaan anak-anak kita hanya bergantung kepada komitmen guru-guru di sekolah semata-mata atau perlukan kerjasama ibu bapa dan penjaga? Gagal anak, sekolah dipersalahkan, jaya anak, sekolah berjasa dilupakan.



Kuala Selangor
21 Julai 2010

Catatan Popular