MGS KLANG; KALI KEDUA


16 Julai 2010, Klang - Ceramah Motivasi CINTA 5A yang disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah memberikan impak kepada peserta secara umumnya. Ceramah yang bermula dari jam 8.30 pagi itu telah memberikan kesan emosi kepada peserta sehingga sebilangan besar dari mereka mula menitiskan airmata.

Seramai 155 orang peserta telah mendengar ceramah yang memberikan motivasi atau pelincir untuk mereka mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR mereka. Menurut Guru Besar, Puan Azian, pelajar tahun 2010 ini perlu diberikan lebih perhatian dan kesungguhan di mana, guru-guru amat memberikan komitmen bagi memastikan usaha pelajar berbaloi dan menghasilkan pencapaian UPSR yang cemerlang.

Menurut beliau juga, peranan kejayaan pelajar ini, bukan hanya bergantung kepada guru-guru di sekolah, bahkan kerjasama, komitmen dan kasih sayang ibu bapa terhadap sekolah juga perlu dipupuk dan diberikan perhatian. Persoalannya, adakah ibu bapa ini sentiasa memberikan komitmen terhadap sekolah anak-anak mereka? Sama-sama kita fikirkan untuk diri kita. TUNE-lah diri kita.




Kuala Selangor
17 Julai 2010

Catatan Popular